NORANIZA TAK BERPUTUS ASA
Tidak dinafikan lagu berkonsepkan etnik kreatif dan irama tradisional semakin kurang mendapat tempat dalam kalangan pendengar pada masa kini. Namun,
Noraniza Idris tidak pernah berputus asa cuba mengembalikan kegemilangan genre berkenaan.
Setiap kali bercakap mengenai masa depan genre itu, jelas terpancar kekecewaan di wajah Noraniza. Bagaimanapun, dia tidak akan sesekali mengalah meski terpaksa berdepan pelbagai kekangan.
Malahan, dia antara penghibur yang lantang bersuara agar semua pihak dapat memberikan ruang kepada penyanyi lagu irama tradisional bertapak dan mengembangkan genre itu.
Noraniza pernah mencetuskan fenomena pada 1990-an dengan kembali mengangkat lagu irama tradisional dan etnik kreatif. Tiga dekad dalam industri seni, kini dia melihat genre itu seolah-olah semakin dipinggirkan. Meskipun nama Baki
Zainal, 35, di pentas pengacaraan kini bertaraf Asia, masih ada impian yang belum direalisasikan.
Bukan anugerah yang dikejar Baki sebaliknya peluang untuk mengacarakan program TV berbahasa Malaysia atau Inggeris di tanah air sendiri.
Ini kerana sepanjang 16 tahun
Baki memperjuangkan bakat sebagai pengacara, namanya dikenali dalam kalangan penonton Cina.
Baki atau nama sebenarnya Zahamin Baki Zainal berkata dia sedar kelebihannya fasih bertutur dalam bahasa Mandarin membuka lebih ruang untuknya menembusi pasaran lain.
“Selama belasan tahun saya mengacara kebanyakan program TV yang dikendalikan di negara ini dalam bahasa Mandarin.
“Pernah terdetik di hati, moga ada peluang untuk saya mengacara program TV bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris satu hari nanti.
“Saya ingin luaskan lagi kebolehan di tanah air sendiri. Bukan tamak atau cuba mengejar populariti tetapi saya mahu mempelbagaikan bakat pengacaraan dalam beberapa bahasa,” katanya.