SAHUT CABARAN
adalah mendapatkan gambaran karakter berkenaan mengikut pemahaman saya dan agak sukar kerana ia adalah watak legenda.
Pada masa sama saya perlu menyampaikannya tanpa dialog iaitu hanya menerusi bahasa tubuh dan gerak tari.
“Namun, saya jadikan watak Puteri Elsa dari filem Frozen sebagai rujukan untuk menghidupkan karakter berkenaan tapi dengan menyuntik elemen tradisional.
“Jujurnya, saya gembira kerana dipilih membawakan watak ini namun lebih berpuas hati dengan persembahan ketika sesi raptai kerana terdapat sedikit kesilapan dilakukan pada hari sebenar pementasan,” katanya.
Sementara itu, Pengiran Khairul Qayyum Awang Omar, 26, pula berkata, pengalaman membawakan watak putera raja dalam pementasan teater lain banyak membantunya dalam menghidupkan karakter Putera Serapi.
Selebihnya, dia banyak menimba maklumat daripada pengarah dan mendapatkan pandangan penduduk Kalimantan yang tahu berkenaan hikayat kisah berkenaan.
“Dalam pementasan ini, saya perlu membawakan watak seorang putera raja yang tampan dan menjadi rebutan dua puteri bersaudara iaitu Santubong dan Sejinjang.
“Memandangkan saya tidak dapat melontarkan dialog pada hari pementasan, saya lakukannya ketika sesi latihan bagi mendapatkan ekspresi sebenar.
“Pendek cerita, saya perlu menyampaikan watak ini dengan bahasa tubuh termasuk dari segi pergerakan. Jujurnya, saya berpuas hati dengan persembahan terutama ketika hari terakhir pementasan dan rasa lebih yakin membawakan watak berkenaan dengan pemakaian kostum,” katanya yang juga lulusan Seni Persembahan ASWARA itu.