Atur belanja transaksi tanpa tunai
Orang ramai dinasihatkan lebih berdisiplin mengawal perbelanjaan masing-masing terutama ketika transaksi tanpa tunai bagi memastikan pengurusan kewangan mereka berjalan dengan lancar.
Presiden Persatuan Pengurusan Kewangan dan Harta Islam Malaysia (AIFiWM), Rohani Datuk Mohd Shahir berkata, langkah itu penting kerana jika tidak dikawal, ia menyumbang ketirisan pengurusan kewangan.
“Transaksi tanpa tunai jelas menunjukkan peningkatan berdasarkan statistik terkini Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2017 dengan jumlah kad debit meningkat enam kali ganda.
“Situasi ini baik untuk negara cuma kewujudan pelbagai platform beli-belah atas talian dan promosi jualan agresif di media elektronik menarik lebih ramai individu melakukan transaksi pembelian tanpa tunai, sekali gus mengundang kepada risiko perbelanjaan tidak terkawal,” katanya, semalam.
Kuala Lumpur: Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad (Kowaja) komited menjadi penyedia pembiayaan peribadi yang membantu anggotanya bebas hutang haram, sekali gus meluaskan perkhidmatannya kepada kakitangan swasta.
Setiap tahun Kowaja menyalurkan kira-kira RM10 juta pembiayaan kepada anggota yang layak.
Setiausaha Kowaja, Mohd Faizal Abdullah berkata, Kowaja sebelum ini hanya menawarkan pembiayaan kepada kakitangan kerajaan dan badan berkanun.
Katanya, Kowaja memfokus membantu meringankan beban anggota supaya tidak membuat pinjaman kepada along yang membabitkan faedah tinggi dan menekan peminjam.
“Matlamat utama Kowaja bukan saja menyediakan pembiayaan peribadi, bahkan memberi khidmat nasihat dalam menangani masalah kewangan anggota.