Tiada makna pengiktirafan status wilayah
Kuching: Pengiktirafan status wilayah kepada Sabah dan Sarawak tidak akan membawa apa-apa makna jika pembangunan di dua wilayah terbabit terus ketinggalan.
Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, semua pihak harus memahami, apabila sudah diberi status wilayah, Sabah dan Sarawak kini bukan lagi bertaraf negeri dalam Malaysia.
Justeru katanya, pengembalian status itu harus diterjemahkan dalam bentuk kesamarataan pembangunan dan ekonomi setaraf dengan status sebagai sebuah wilayah.
“Ini peluang terbaik bagi semua rakyat Sarawak khususnya, untuk bersatu padu menuntut hak seperti mana kami lakukan di bawah Jawatankuasa
semasa pemerintahan kerajaan terdahulu.
“Sebagai anak Sarawak, kita harus peka dengan tindakan Kerajaan Persekutuan yang menyatakan hasrat untuk mengembalikan hak Sarawak mengikut apa yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.
Nancy yang juga bekas Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pelaksana Pihak Berkuasa Sabah dan Sarawak bagi mengembalikan hak mengikut MA63 berkata demikian ketika mengulas pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan sempena perhimpunan Hari Malaysia di Kota Kinabalu malam tadi, untuk mengembalikan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak.
Industri perkayuan termasuk sektor pembalakan di Sarawak diyakini berkembang kukuh dan kekal antara penyumbang utama ekonomi negeri.
Keyakinan itu bersandarkan eksport perkayuan negeri yang mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan nilai keseluruhan mencecah RM6.13 bilion tahun lalu.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, industri perkayuan berada dalam kelompok eksport