Harian Metro

PATIN BUAH GERGASI 150 KILO

„ Penduduk Kampung Tok Sangkut bergotong-royong siang ikan seberat 150kg

- Attirmidzi­e Rahman cnews@nstp.com.my

Penduduk Kampung Tok Sangkut, Meranti di sini, gempar apabila seekor ikan patin buah gergasi seberat 150 kilogram (kg) ditangkap di Sungai Lubok Jong, awal pagi semalam.

Ikan itu berjaya ditangkap Mohd Ghazali Daud, 62, dan beberapa penduduk kampung berkenaan kira-kira jam 1 pagi. Menurutnya, dia bersama penduduk lain di kampung itu sebelum ini memang menjadikan sungai berkenaan untuk menangkap ikan air tawar.

Bagaimanap­un, menurutnya, sebelum ini ikan yang ditangkap hanya bersaiz sederhana dan ia kali pertama kemunculan ikan patin bersaiz gergasi itu.

“Memang di sekitar sini penduduk akan menangkap ikan untuk dijual atau dimakan sendiri menggunaka­n pelbagai kaedah penangkapa­n. “Jadi malam tadi, saya bersama penduduk kampung memasang candik (sejenis pukat) di tebing sungai itu. Tidak lama kemudian kami terkejut apabila melihatnya (candik) menjerat seekor ikan yang bersaiz agak besar.

“Dengan bantuan beberapa penduduk kami mengambil masa hampir satu jam untuk menarik candik ke tepi sungai sebelum mendapati ikan patin seberat 150kg itu ditangkap,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Ghazali berkata, dia dan penduduk kampung kemudianny­a bergotong-royong menyiang ikan berkenaan untuk dijual dengan harga RM15 sekilogram.

Katanya, sehingga petang sebanyak 120kg ikan itu sudah dijual kepada penduduk setempat dan selebihnya diagihkan kepada mereka yang membantu menangkap ikan itu.

Dengan bantuan beberapa penduduk kami mengambil masa hampir satu jam untuk menarik candik ke tepi sungai sebelum mendapati ikan patin seberat 150kg itu ditangkap”

Mohd Ghazali Daud

 ??  ??
 ??  ?? IKAN patin seberat 150 kilogram yang ditangkap penduduk Kampung Tok Sangkut, Meranti. PENDUDUK bergotong-royong mengangkat sebelum menyiang ikan.
IKAN patin seberat 150 kilogram yang ditangkap penduduk Kampung Tok Sangkut, Meranti. PENDUDUK bergotong-royong mengangkat sebelum menyiang ikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia