Penculik tuntut tebusan RM4 juta
Kumpulan penculik yang melarikan dua nelayan warga Indonesia di perairan Pulau Bodgaya, Semporna pada 11 September lalu menuntut wang tebusan RM4 juta bagi membebaskan kedua-dua mangsa.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah mengesahkan, seorang isteri kepada mangsa menerima panggilan daripada kumpulan penculik itu pada 18 September lalu jam 10.24 pagi.
Bagaimanapun katanya, kumpulan penculik itu tidak memberikan had masa tertentu kepada isteri mangsa yang berada di Sulawesi, Indonesia untuk menyerahkan wang tebusan berkenaan.
“Panggilan itu dipercayai dibuat dari negara jiran memandangkan nombor yang mereka (penculik) gunakan adalah nombor antarabangsa Filipina.
“Kita percaya selepas ini pasti ada sebarang perbincangan antara penculik dan keluarga mangsa berkaitan wang tebusan yang diminta,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Perbarisan Khas Pesuruhjaya Polis Sabah di sini, semalam.
Perbarisan terbabit dilaksanakan sempena pelantikan Datuk Omar Mammah selaku Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu.
Beliau memangku jawatan
Isteri seorang daripada dua nelayan Indonesia terima panggilan telefon
berkenaan sejak 3 September sebelum menerima pelantikan sah pada 12 September lalu.
Dalam pada itu, Omar berkata, pihaknya dan keluarga mangsa setakat ini tidak menerima sebarang ugutan berkaitan kes penculikan itu.
Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau kes terbabit demi memastikan keadaan dua mangsa culik berkenaan dalam keadaan selamat.
Sementara itu, Omar berkata, mengenai penggunaan