Harian Metro

RAMPAS, SITA CURI BALIK

„ Barang disita kastam bernilai RM3.6 juta hilang di pelabuhan

- Amir Abd Hamid dan Mohd Firdaus Ibrahim cnews@nstp.com.my

> Lima kontena mengandung­i rokok seludup dan arak bernilai kira-kira RM3.6 juta yang sudah disita kastam di Pelabuhan Kelang ‘dirompak’ semula anggota kartel rokok seludup dalam beberapa kejadian berasingan, lapor Amir Abd Hamid dan Mohd Firdaus Ibrahim.

Kartel rokok seludup cukup berani apabila ‘merompak’ semula barangan dalam kontena yang sudah disita Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Pelabuhan Klang membabitka­n barangan bernilai RM3.6 juta.

Kejadian dilaporkan berlaku antara hujung tahun lalu dan awal tahun ini dipercayai membabitka­n ‘orang dalam’ menyebabka­n ahli kartel boleh masuk ke kawasan pelabuhan sebelum mengambil semula ‘barangan’ dirampas serta disita itu.

Sekurang-kurangnya empat laporan polis dibuat berhubung kes berkenaan membabitka­n keseluruha­nnya lima kontena yang sarat mengandung­i rokok seludup dan arak.

Menurut sumber, dua daripada kontena itu yang mengandung­i rokok seludup dan arak dianggarka­n bernilai lebih RM1 juta didapati hilang dari tempat simpanan bersama kontenanya sekali.

Tiga kontena lagi berada di lokasi simpanan, tetapi barangan disimpan di dalamnya iaitu rokok seludup dianggarka­n bernilai RM2.6 juta didapati hilang kerana dilarikan.

Sumber itu berkata, kejadian dilaporkan berlaku di Yard Kontena, Westport di Pelabuhan Klang.

“Empat laporan polis dibuat secara berasingan mengenai semua kes kehilangan kontena itu serta barangan yang berada di dalamnya,” katanya.

Dalam satu laporan dibuat oleh eksekutif Yard Kontena pada 3 Januari lalu, pengadu memaklumka­n pada jam 1.40 tengah hari, 20 Disember 2017 dia menerima e-mel daripada pegawai Kompleks Pemeriksaa­n Berpusat di Westport mengenai kehilangan berkenaan.

Selain melarikan kontena, ahli kartel turut ‘merompak’ muatan kontena berkenaan yang disita JKDM mengakibat­kan kehilangan barangan rampasan dianggarka­n bernilai lebih RM2.5 juta.

Sumber sama mendedahka­n, pada 11 Januari lalu pula, seorang pegawai pegawai kastam membuat laporan di Balai Polis Pandamaran mengenai kehilangan rokok berjenama U2 yang diletakkan di dalam sebuah kontena di blok 01D, Yard Kontena.

“Kehilangan itu disedari selepas pemeriksaa­n dilakukan tiga anggota bawahannya yang diarahkan membawa pulang kontena dirampas itu ke stor penguat kuasa kastam di Pelabuhan Klang,” katanya.

Menurutnya, kontena mengandung­i rokok seludup itu dirampas pada 19 April 2017 mengandung­i 1,040 kotak bernilai RM832,000.

Dalam satu lagi laporan polis bertarikh 10 Januari lalu, kejadian kehilangan yang hampir serupa dilaporkan seorang pegawai JKDM di Balai Polis Pandamaran.

“Kejadian disedari selepas beberapa pegawai kastam yang diarah membawa pulang kontena mengandung­i 1,200 karton rokok berjenama D&J gagal menemui muatan kontena berkenaan.

“Rekod rampasan JKDM mendapati kontena itu dirampas pada 12 Mei 2017 dianggarka­n bernilai RM960,000 sebelum duti/cukai,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, kes sama pernah dilaporkan berlaku pada 2 November 2017 di mana kontena yang dirampas dan disimpan di blok 09F, Yard Kontena Westport mengandung­i 600 karton rokok keretek jenama Gudang Garam Suria bernilai RM800,000 didapati hilang. Sumber itu berkata, biarpun laporan polis dan sekurang-kurangnya lima tangkapan dilakukan, semua kontena dan muatannya yang hilang masih gagal ditemui sehingga kini.

“Benar ada tangkapan, tetapi tidak pernah ada sebarang makluman mengenai penemuan semula dua kontena yang hilang termasuk kes kehilangan rokok daripada kontena di kawasan dilaporkan,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro pada 6 Ogos lalu melaporkan, satu sindiket pengedaran dadah bertindak nekad memecah satu daripada 10 kontena sebelum melarikan 80 kotak dipercayai dadah di Cawangan Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kampung Jijan di Nilai, yang dianggarka­n bernilai RM30.4 juta.

Semua dadah bahan bukti selepas JKDM merampas bahan haram itu dalam beberapa operasi besar dan terancang terutama di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Malah, dadah itu disimpan dalam kontena berkunci bagi mengelak rosak dan dikawal sepanjang masa.

Berhubung kes itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaluddin pada 9 Ogos lalu dilaporkan berkata, enam individu dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan sudah ditahan polis bagi membantu siasatan.

 ??  ??
 ??  ?? KARTEL rokok seludup masuk ke kawasan pelabuhan sebelum mengambil semula ‘barangan’ dirampas dan disita JKDM.
KARTEL rokok seludup masuk ke kawasan pelabuhan sebelum mengambil semula ‘barangan’ dirampas dan disita JKDM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia