Harian Metro

Bro Chik direman 7 hari

-

Balik Pulau: Suspek kes bunuh wanita warga emas yang mayatnya dihumban ke dalam tangki najis di Jalan Sungai Burung di sini, direman tujuh hari sehingga Selasa depan.

Perintah tahanan reman dikeluarka­n Majistret Nur Azzuin Abdul Moati di Mahkamah Majistret di sini, semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek yang dikenali dengan jolokan ‘Bro Chik’ itu kelihatan tenang ketika hadir di mahkamah dengan memakai baju lokap dan diiringi pegawai polis, jam 9 pagi.

Kelmarin, lelaki berusia 29 tahun yang menjadi suspek kes pembunuhan Allahyarha­m Faridah Mat Hashim, 63, ditahan pihak polis di hadapan Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya di Jalan Air Putih di sini, jam 8.45 pagi.

Siasatan mendapati, suspek yang juga anak bongsu kepada mangsa mengaku menusuk pisau pemotong sayur pada bahagian leher sebelum mengelar leher ibunya selepas mereka bertengkar di dapur kediaman itu, pada 19 September lalu.

Ketika kejadian, suspek juga dilapor di bawah pengaruh petrol dan mengaku menolak simen tangki kumbahan serta meletakkan mangsa ke dalam ruangan berkenaan dengan kejadian itu dikatakan dilakukann­ya sendiri.

Mayat Faridah ditemui Isnin lalu selepas mangsa dilaporkan hilang hampir seminggu.

 ??  ?? SUSPEK dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau, semalam.
SUSPEK dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia