Harian Metro

Budak lelaki koma

-

Georgetown: Polis mengesahka­n kanak-kanak lelaki yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik di sebuah hotel di sini, kelmarin, kini dalam keadaan koma.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zamani Che Awang berkata, kanak-kanak berusia 10 tahun itu kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Kanak-kanak terbabit kini dirawat di Wad 3A PICU, HPP dan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mengikut Pegawai Perubatan Dr Fong, mangsa mengalami kerosakan buah pinggang, hati dan paru-paru akibat terhidu asap,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dalam pada itu, Che Zamani berkata, kematian mendiang Bee Tin disahkan berpunca daripada keracunan karbon monoksida akibat terhidu kepulan asap hasil pembakaran arang dalam bilik berkenaan.

“Bedah siasat ke atas mayat mangsa sudahpun selesai dilakukan di HPP, jam 9.35 pagi tadi (semalam) dengan keseluruha­n proses diketuai Dr Goon Hong Tatt,” katanya.

 ??  ?? CHE Zamani
CHE Zamani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia