Harian Metro

Catat enam kes baharu

-

Kuala Lumpur: Warga Myanmar kekal mencatatka­n jumlah kematian tertinggi iaitu 11 kematian diikuti warga tempatan sebanyak 10 mangsa kesan pengambila­n arak beracun sejak 23 September lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lapan warga Nepal turut maut diikuti dua warga Bangladesh dan dua warga India.

“Empat lagi individu yang maut akibat arak beracun itu gagal dikenal pasti kewarganeg­araan mereka. Ini menjadikan seramai 37 mangsa yang maut setakat ini,” katanya.

Noor Hisham berkata, hingga semalam, enam kes baharu keracunan arak dilaporkan menjadikan jumlah keseluruha­nnya meningkat kepada 93 kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia