Harian Metro

Pertembung­an kuat dekat simpang

-

Kuala Nerus: Tiga orang termasuk dua sahabat maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitka­n dua kenderaan di Jalan Kuala Terengganu- Kota Bharu berhampira­n simpang FELDA Belara di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, kejadian jam 10.30 malam membabitka­n Proton Iswara Aeroback dan Proton Wira itu menyebabka­n ketiga-tiga mangsa terbunuh di tempat kejadian.

Menurutnya, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Kamarul Zaman Asdi, 24, dari Kampung Gerdong, Hulu Terengganu dan dua pelajar Institut Kemahiran MARA (IKM) Johor Bahru iaitu Che Wan Hasbullah Che Wan Zubaidi, 22, dari Kampung Raja, Besut dan Syaifudeen Sobree Abdul Rahman, 24, dari Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira dinaiki Mohd Kamarul Zaman dari arah Sungai Tong menghala ke Kuala Terengganu bertembung dengan Proton Iswara Aeroback dinaiki Che Wan Hasbullah dan Syaifudeen dipandu seorang lagi rakan mereka yang datang dari arah bertentang­an.

“Pertembung­an kuat menyebabka­n semua mangsa parah dan ketiga-tiga mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat semua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum dituntut ahli keluarga dan tiga lagi yang parah dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan,” katanya, semalam.

Mangsa yang parah ialah Nik Muhamad Arif Mohd Afandi, 22, dari Kampung Cherang Ruku, Pasir Putih, Kelantan yang juga pelajar IKM Johor Bahru, Suhaimi Mohd Yusof, 23, dari Ketengah Jaya, Dungun dan Tun Mohd Shuhairy Tun Mat Rani, 21, dari Hulu Telemong, Kuala Berang.

 ??  ?? IMANNUDDIN menunjukka­n gambar rakannya yang maut dalam kemalangan di simpang tiga FELDA Belara, semalam.
IMANNUDDIN menunjukka­n gambar rakannya yang maut dalam kemalangan di simpang tiga FELDA Belara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia