Harian Metro

Warga emas lintas jalan maut dirempuh

-

Kluang: Seorang warga tua yang juga orang kurang upaya (OKU) maut dilanggar motosikal di Jalan Kampung Paya, dekat sini, jam 9 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, Wong Yong Sing, 64, dipercayai melintas secara tiba-tiba menyebabka­n motosikal dari arah Kampung Paya tidak sempat mengelak dan merempuhny­a.

Kemalangan itu menyebabka­n mangsa parah dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), sejam kemudian.

“Penunggang motosikal, Muhamad Ruzaini Yusuf yang berasal dari Taman Kluang Barat cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama.

“Siasatan mendapati kawasan kejadian tiada laluan utama penduduk kawasan berdekatan untuk ke bandar,” katanya.

 ??  ?? LOKASI kemalangan yang menyebabka­n seorang lelaki warga emas maut selepas dilanggar motosikal.
LOKASI kemalangan yang menyebabka­n seorang lelaki warga emas maut selepas dilanggar motosikal.
 ??  ?? WONG
WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia