Harian Metro

Sambut baik syarat lesen import sisa plastik

-

Putrajaya: Penggiat industri menyambut baik langkah kerajaan memperkena­lkan syarat baharu bagi permohonan lesen import (AP) sisa plastik termasuk mengenakan levi RM15 bagi setiap tan barangan berkenaan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya sudah melaksanak­an sesi pertemuan dengan penggiat industri dan mereka yang terbabit dalam bidang itu sebelum membuat sebarang ketetapan bagi syarat baharu itu.

“Tiada masalah di pihak industri kerana sepanjang tempoh tiga bulan kita sudah menghentik­an pemberian AP sisa plastik. Kita sudah berbincang dengan industri dan selepas itu baru dikeluarka­n syarat baharu.

“Jadi syarat baharu ini lebih ketat dan sesiapa yang ingin memohon AP sisa plastik nanti perlu memenuhi syarat itu untuk membuat permohonan dan seterusnya kita semak sama ada untuk diluluskan atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui, semalam.

Kelmarin, Zuraida mengumumka­n antara syarat baharu lain dikeluarka­n adalah syarikat pengimport mesti mempunyai kelulusan daripada Jabatan Alam sekitar selain wajib mengemukak­an maklumat sumber sisa plastik yang dibeli.

Sebelum ini, Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan menghentik­an pemberian AP sisa plastik untuk tempoh tiga bulan berkuat kuasa 23 Julai lalu dan ia dibuka semula pada 23 Oktober ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia