Harian Metro

Ahli UMNO buntu susulan tindakan boikot

-

Seremban: Ahli UMNO Bahagian Port Dickson masih buntu mengenai tindakan yang perlu diambil pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson selepas Barisan Nasional (BN) mengumumka­n untuk memboikotn­ya.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Abdul Rahman Mohd Redza yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi berkata, mereka belum menerima sebarang arahan atau panduan daripada ibu pejabat parti.

“Kita tidak pasti sama ada diminta untuk mengundi atau tidak. (Jika ya) siapa yang perlu diundi atau kita langsung tidak perlu mengundi.

“Kalau diikutkan, boikot maksudnya kita tidak masuk campur langsung, bagi kita PRK itu tidak wujud.

“Saya setuju dengan gesaan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein yang meminta pucuk pimpinan menjelaska­n kepada ahli mengenai apa yang perlu dilakukan pada PRK itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Kelmarin, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumka­n membuat keputusan memboikot PRK Parlimen Port Dickson dengan tidak meletakkan calon dan tidak menghantar jentera atau ahli untuk menyokong mana-mana calon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia