Harian Metro

PAS sah tanding, umum calon malam ini

-

Marang: PAS akan meletakkan calonnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober ini.

Presidenny­a Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankua­sa Harian PAS Pusat, malam tadi.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira semua perkara termasuk meneliti dan mendengar laporan serta maklumat Jawatankua­sa Pilihan Raya.

Katanya, nama calon akan diumumkan malam ini dan beliau adalah seorang tokoh yang sepadan dengan pencabarny­a, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“PAS bertanding kerana mahu menghidupk­an demokrasi. PAS adalah parti yang mendukung demokrasi dan mahu rakyat ada hak untuk memilih walaupun tidak bersetuju dengan pilihan raya yang dilakukan secara tergesa-gesa.

“Sekurang-kurangnya PRK Port Dickson sebagai medan melatih petugas parti menghadapi pilihan raya. Tidak mudah untuk menang tetapi tidak mustahil boleh menang,” katanya pada sidang media di sini.

PRK Parlimen Port Dickson akan diadakan 13 Oktober ini, manakala penamaan calon berlangsun­g Sabtu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia