Harian Metro

9 beradik buntu bapa hilang sejak lima hari lalu

-

Kuala Terengganu: Sembilan beradik buntu dan bingung memikirkan nasib ayah mereka yang hilang secara tiba-tiba sejak lima hari lalu selepas keluar dari rumah di Kampung Alor Damak, Mengabang Telipot di Kuala Nerus.

Lebih merisaukan apabila Mohamed Abdullah, 67, mempunyai penyakit lupa dan keluar tanpa membawa wang serta pengenalan diri.

Fatimah Mohamed, 35, anak ketujuh warga emas itu berkata, ayahnya yang tinggal di rumah abangnya, Zakaria Mohamed, memaklumka­n hendak ke Masjid Mengabang Telong yang terletak 500 meter dari situ jam 12 tengah malam 22 September lalu.

“Memang ayah biasa pergi ke masjid pada waktu tengah malam dan sebab itu abang tidak mengesyaki apa-apa.

“Kebetulan pula malam itu dia (Zakaria) tidak mengikut ayah untuk memastikan benar-benar ke masjid seperti selalu.

“Apabila sampai ke petang keesokanny­a ayah masih belum pulang, kami mengambil keputusan membuat laporan polis,” katanya yang hadir ke pejabat NSTP Terengganu, semalam.

Fatimah yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berkata, ayahnya mengalami penyakit lupa sejak kematian ibunya pada 2017.

“Apabila kami bawa ke klinik, doktor kata itu tanda awal Alzheimer dan kerana itu kami sembilan beradik amat risau dengan keadaannya.

“Kami cuba menjejakny­a sehingga ke Besut tetapi masih buntu. Ada jemaah masjid kata selepas Subuh pada Sabtu lalu, ayah bersarapan di masjid.

“Kali terakhir ada kenalan kata jumpa dan bantu ayah isi minyak motosikaln­ya tetapi ketika itu dia belum kenal dan tahu ayah hilang.

“Cuma yang dia beritahu selepas itu ayah menghala ke Kuala Terengganu,” katanya.

Sehubungan itu, Fatimah meminta sesiapa yang ternampak ayahnya supaya dapat menghubung­inya di talian 012-7724913 atau 019-9212498 (Zakaria).

 ??  ?? FATIMAH menunjukan gambar bapanya, Mohamed yang hilang sejak
lima hari lalu.
FATIMAH menunjukan gambar bapanya, Mohamed yang hilang sejak lima hari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia