Harian Metro

SPRM tahan suri rumah beri keterangan bercanggah di mahkamah

-

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang suri rumah yang juga saksi penting dalam dua kes siasatan SPRM kerana disyaki memberi keterangan bercanggah di mahkamah.

Suspek wanita berusia 34 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor, jam 10.50 pagi semalam.

Dia ditahan selepas disyaki memberi keterangan bercanggah dengan keterangan­nya yang dirakam sebelum ini mengikut Seksyen 30(3)(b) Akta SPRM 2009.

Keterangan itu bagi membantu siasatan berhubung dua kes yang membabitka­n salah laku dan penyelewen­gan pegawai di Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Johor.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 27(1)(b) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Seksyen 27(1)(b) Akta SPRM 2009 adalah berhubung pembuatan pernyataan palsu atau dimaksudka­n untuk mengeliruk­an Pegawai Suruhanjay­a atau Pendakwa Raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia