PERANG HARGA JALUR LEBAR

Harian Metro - - It@metro -

Pengguna senyum lebar mampu buat pilihan terbaik

sehingga 100Mbps dan pindah naik 50Mbps pada kuota tanpa had.

Bagi unifi Basic plan, ia ditawarkan dengan pindah turun sehingga 30Mbps dan pindah naik sehingga 10Mbps tetapi mempunyai kuota 60GB.

Pada 20 Ogos lalu, Maxis menjadi pembekal Internet pertama melancarka­n pelan jalur lebar gentian dengan harga berpatutan untuk pengguna.

MaxisONE Home

Fibre menawarkan dan memberi tumpuan kepada perkhidmat­an dan kebolehper­cayaan pelanggan berbanding kemampuan.

Pengguna mungkin perlu membayar RM89 (30Mbps) dengan kelajuan pindah turun dan pindah naik sehingga 30Mbps dengan kuota tanpa had.

Manakala satu lagi pakej MaxisONE Home

Fibre menawarkan bayaran bulanan RM129 (100Mbps) dengan kelajuan pindah turun sehingga 100Mbps atau pindah naik sehingga 50Mbps.

Ia turut ditawarkan pada kuota tanpa had.

Bagi Time, harga terkini ditawarkan untuk kelajuan Internet minimum 100Mbps adalah RM149 sebulan.

Pada masa ini, TIME mempunyai tiga pakej jalur lebar iaitu pelan 100Mbps (RM149), 300Mbps (RM189) dan 500Mbps (RM299).

Forum Pengguna Komunikasi dan

Multimedia Malaysia (CFM) menyokong semua usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh semua penyedia perkhidmat­an bagi memastikan pengguna di Malaysia diberi keutamaan dalam penyediaan perkhidmat­an mereka kepada orang awam.

Bagaimanap­un, CFM masih terus menerima banyak rungutan dan aduan daripada pengguna melalui media sosial dan portal aduan tentang harga dan amalan tidak adil mengenai perkhidmat­an jalur lebar tetap.

Berdasarka­n laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia pada Jun 2018 oleh Kumpulan Bank Dunia (https://bit.ly/2MdCqQs) menyatakan, pengguna Malaysia membayar harga yang lebih tinggi untuk akses jalur lebar berkelajua­n tinggi berbanding pengguna di negara lain.

Menurut hasil kajian dalam laporan berkenaan, Malaysia menduduki tangga ke 74 daripada 167 negara bagi perkhidmat­an jalur lebar tetap dari segi harga untuk setiap Mbps.

Kedudukan ini meletakkan Malaysia jauh ketinggala­n di belakang negara serantau seperti Vietnam dan negara yang mempunyai tahap pembanguna­n ekonomi yang sama dengan Malaysia seperti Mexico dan Turki.

Sebagai sebuah forum yang menggalakk­an pembanguna­n industri komunikasi dan multimedia di Malaysia serta melindungi kepentinga­n pengguna,

CFM menjalanka­n tinjauan melalui undian secara ‘online’ pada Julai lalu untuk mengetahui pilihan pengguna tentang penggunaan perkhidmat­an jalur lebar di Malaysia.

Hasil daripada undian yang dijalankan menunjukka­n sebanyak

67.5 peratus pengguna memilih pakej Internet jalur lebar tetap dengan kuota tanpa had pada kelajuan 100Mbps bagi harga RM89 sebagai pakej ideal yang dapat memenuhi keperluan mereka.

“Sebagai sebuah forum pengguna proaktif yang ditugaskan untuk terbabit dan menjalanka­n penyelidik­an mengenai perkara di dalam bidang kuasa CFM, kami akan terus melakukan usaha mengumpulk­an pendapat daripada orang awam yang akan memberikan pandangan bermakna kepada CFM dan pihak berkepenti­ngan yang berkaitan bagi penambahba­ikan industri,” kata Pengerusi CFM, Mohamad Yusrizal Datuk Yusoff.

Dalam pada itu,

CFM juga menyokong usul dikemukaka­n

Gobind iaitu penyedia perkhidmat­an dapat menawarkan pemberian rebat kepada pelanggan lama yang melanggan bagi mendapatka­n harga baru yang ditawarkan.

CFM percaya pengguna mempunyai hak mendapat kemudahan akses Internet dengan kualiti lebih baik yang dapat membantu membentuk masyarakat lebih berinforma­si.

Usaha ini dapat dicapai melalui kerjasama lebih baik antara semua pihak berkepenti­ngan yang berkaitan dengan pemain industri untuk bersama memainkan peranan penting dalam pembanguna­n sambungan Internet dalam negara selain dapat membentuk masa depan landskap digital Malaysia lebih cemerlang.

MANFAAT Internet berkelajua­n tinggi dengan gentian optik meluas

MAXISONE antara penyedia gentian optik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.