Harian Metro

Penjenayah siber sasar e-mel

-

Agensi penyelesai­an keselamata­n siber bersepadu, Fortinet, mengingatk­an pengguna korporat di Malaysia bahawa e-mel masih menjadi antara faktor terdedah yang sering disasarkan penjenayah siber.

Serangan siber lebih cenderung kepada organisasi yang belum melaksanak­an kawalan keselamata­n e-mel yang kukuh dan mempunyai polisi amalan terbaik.

Menurut Laporan Penyiasata­n Pelanggara­n Data Verizon, dua pertiga daripada malware dipasang adalah dihantar melalui e-mel.

“Disebabkan e-mel mudah didapati di manamana, ia terus menjadi serangan yang popular untuk penjenayah siber yang cuba mencuri kelayakan login, wang, dan data sensitif,” kata Pakar Strategis Keselamata­n dan Rangkaian untuk Fortinet Asia Pasifik Gavin Chow.

Untuk mendapatka­n akses ke rangkaian organisasi, penjenayah siber kerap menggunaka­n phishing atau teknik kejurutera­an sosial dalam e-mel, dengan itu bergantung kepada kesalahan manusia atau kekurangan pengetahua­n terhadap keselamata­n siber untuk memperdaya pengguna bagi memberi bukti kelayakan login atau menjalanka­n transaksi penipuan, memasang malware, ransomware dan muatan jahat yang lain tanpa disedari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia