Harian Metro

PENCINTA BUSANA VINTAJ

-

Pemakaian gaun vintaj, kebaya tradisiona­l dengan dandanan rambut gulung dulunya menjadi trend dalam kalangan wanita awal 1960-an hingga lewat 1980-an.

Namun, ia semakin dilupakan selepas kemunculan fesyen terkini tetapi tidak bagi pereka grafik, Suzanne

Lim Shi Xian, 25, yang bukan sekadar minat tetapi yakin muncul depan khalayak dengan memakai persalinan vintaj.

Bermula dengan sehelai baju, Suzanne kemudian terus menambah koleksinya yang kini terdiri daripada blaus, gaun labuh dan skirt.

“Minat terhadap fesyen berkenaan sudah ada sejak dulu lagi cuma semakin bertambah selepas saya mengunjung­i butik pakaian vintaj dan berkenalan dengan pemiliknya pada tahun lalu.

“Memandangk­an pakaian itu dijual pada harga berpatutan, saya tidak lepaskan peluang untuk membeli, lagipun ia masih dalam keadaan baik.

“Rekaannya juga unik dan bagi saya, itu yang menjadikan­nya istimewa berbanding pakaian lain di pasaran,” katanya yang bekerja sebagai pereka grafik.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, sehingga kini, dia mempunyai 10 koleksi baju dan sebahagian­nya adalah peninggala­n neneknya.

Katanya, pakaian itu tidak hanya dipakai pada majlis tertentu tetapi juga pada hari bekerja kerana selesa tampil dengan gaya berkenaan.

“Setiap kali saya berpenampi­lan sebegitu di tempat umum, ramai akan memerhati dengan pandangan pelik. Namun, saya anggap itu perkara biasa kerana apa yang penting saya selesa dan rasa yakin apabila memakainya.

“Setakat ini, keluarga dan rakan tidak mempersoal­kan minat saya, sebaliknya mereka tahu saya benar-benar menghargai fesyen ini,” katanya yang juga pernah aktif sebagai penari tradisiona­l.

Menurut Suzanne, dia berharap dapat mengumpul lebih banyak koleksi pakaian berkenaan dan mewujudkan komuniti pencinta fesyen vintaj bagi menarik minat lebih ramai golongan muda untuk menyertain­ya.

Katanya, dengan cara itu, dia dapat membuka mata mata masyarakat untuk lebih menghargai item fesyen peninggala­n generasi terdahulu.

“Jika kita lihat, industri fesyen 90an kembali mendapat perhatian ketika ini hingga memberi inspirasi kepada jenama tertentu untuk mengeluark­an koleksi berkenaan.

“Ia bukti fesyen era itu masih relevan jadi saya percaya pakaian vintaj juga boleh diterima dengan baik sekiranya generasi kini mendapat pendedahan mengenainy­a.

“Cuma, pemakai harus bijak menggayaka­nnya dan secara peribadi, saya jadikan pelakon filem Vivien Leigh dan Ginger Rogers sebagai inspirasi, bukan saja dari segi cara berpakaian tetapi solekan wajah serta dandanan rambut,” katanya.

 ??  ?? SUZANNE mahu wujudkan komuniti pencinta fesyen vintaj.
SUZANNE mahu wujudkan komuniti pencinta fesyen vintaj.
 ??  ?? SUZANNE mengoles gincu pada bibirnya bagi menyempurn­akan solekan untuk disesuaika­n dengan imej wajah bagi menyerlahk­an.
SUZANNE mengoles gincu pada bibirnya bagi menyempurn­akan solekan untuk disesuaika­n dengan imej wajah bagi menyerlahk­an.
 ??  ?? GAYA Suzanne sering kali menjadi tumpuan ramai.
GAYA Suzanne sering kali menjadi tumpuan ramai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia