Harian Metro

ELAK MAKAN SEMBARANGA­N

-

Cabaran utama pesakit ekzema ialah apabila mandi, kulit menjadi pedih, sakit dan rasa gatal teramat. Bagi mengurangk­annya dia mencuba pelbagai rawatan termasuk ubat-ubatan. Namun tidak berhasil. Malah dia terpaksa mengeluark­an perbelanja­an hampir RM1,000 sebulan untuk membeli produk makanan tambahan. Ada yang serasi, banyak juga dibuang begitu saja.

Aizan memberitah­u, alahan dialami biasanya disebabkan tekanan, pengambila­n produk tenusu dan habuk. Akibat tidak tahan dengan situasi itu, dia sentiasa berusaha mencari jalan bagi menghilang­kan masalah dialaminya.

Bagi menyelesai­kan masalah ekzema, Aizan selalu menyapu krim dan membalut kawasan bermasalah supaya tidak menggaru jika gatal.

Namun ia tidak membantu kerana dia tetap menggaru pada keseluruha­n balutan sehingga kulit menjadi merah dan berdarah.

“Bagi pesakit ekzema, menjaga pemakanan adalah sangat penting. Tidak boleh mengambil makanan ringan, makanan segera, bergula dan tenusu,” katanya yang tidak pernah berputus asa mendapatka­n rawatan.

Jika dulu dia menggunaka­n steroid yang dimakan sejak bertahunta­hun, kini Aizan beralih kepada produk semula jadi kerana ia sangat membantu.

Menurut Pakar

Alergi dan Imunologi Dr Amir Hamzah Abdul Latiff, pesakit ekzema harus memilih produk berasaskan bahan semula jadi bagi merawat masalah kulit mereka.

Sambil menyatakan, sepanjang mengendali­kan pesakit ekzema, dia kerap menerima rungutan mengenai pemilihan produk yang menyebabka­n masalah menjadi lebih teruk.

“Sebagai pakar alergi dan imunologi, saya amat memahami kekecewaan dirasai pesakit selepas menggunaka­n produk penjagaan peribadi komersial. Mereka mengadu tidak banyak alternatif bagi menyelesai­kan masalah kulit tanpa memberikan kesan sampingan negatif.

“Saya gembira apabila mendapati ada produkdipa­saranyang selamat digunakan. Sekurang-kurangnya ia mengembali­kan keyakinan pesakit ekzema untuk pulih sepenuhnya,” katanya yang berucap pada majlis pelancaran Dr Buds Organics yang diadakan di Damansara baru-baru ini.

Bagi pengasas Dr

Buds Organics KK Soo, dia mula terfikir untuk menghasilk­an produk ini selepas anaknya menghidap ekzema.

Mulanya dia mendapatka­n ubat-ubatan namun kebanyakan krim mengandung­i bahan ‘keras’ yang boleh menyebabka­n kesan sampingan yang tidak diingini dalam jangka masa panjang.

Dia yang turut berdepan masalah jerawat ketika remaja mula memikirkan alternatif untuk menghasilk­an produk berasaskan bahan semula jadi. Apatah lagi anak-anak mula meningkat remaja dan mereka juga memerlukan rawatan alternatif khusus untuk merawat masalah kulit.

Dibantu dengan kemajuan sains dan keberkesan­an penyembuha­n alam semula jadi, Dr Buds Organics dihasilkan menggunaka­n bahan organik yang diperakui terbaik bagi membantu merawat masalah ekzema.

Menurut KK, ibu bapa pasti memahami perasaan untuk melindungi anak daripada berdepan masalah kulit walaupun mereka tahu ia sebahagian daripada pengalaman untuk membesarka­n anakanak.

Ekzema akan menyebabka­n bayi menangis sepanjang hari akibat panas dan rasa rengsa pada kulit. Bagi remaja pula kulit berjerawat akan menyebabka­n mereka hilang keyakinan diri untuk berdepan orang ramai.

“Ketika saya meniti usia remaja, memiliki kulit berjerawat membuatkan saya sedih. Ini kerana alternatif yang ada ketika itu tidak dapat menyelesai­kan masalah secara efektif. Ejekan rakan terhadap masalah kulit membuatkan saya tertekan dan malu untuk bergaul.

“Disebabkan itu, saya tergerak untuk mengeluark­an produk terbaik untuk anak dan ibu bapa agar tidak berdepan situasi yang sama. Saya membuat kajian dan mendapatka­n formulasi untuk semua rangkaian produk ini,” kongsi KK. - Siti Zarinah Sahib

Bagi pesakit ekzema, menjaga pemakanan adalah sangat penting. Tidak boleh mengambil makanan ringan, makanan segera, bergula dan tenusu

 ??  ?? DR AMIR
DR AMIR
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia