Kapsul zaitun antioksidan tinggi
Serbuk jus buah zaitun kering beku beri manfaat untuk kesihatan
Kebaikan buah zaitun dalam kapsul
Buah zaitun terkenal sejak dahulu untuk kuasa penyembuhan ajaibnya. Kajian saintifik mengenal pasti kandungan antioksidan tinggi yang terdapat di dalam buah zaitun dikenali sebagai polifenol atau biofenol. Polifenol buah zaitun terkenal dengan fungsinya untuk menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan kebaikan antiradang, untuk modulasi sistem imun, melindungi kulit dan mengekalkan fungsi sendi yang sihat.
Apakah itu OLIVENOL?
Buah zaitun dalam bentuk kapsul! OLIVENOL® (MAL14105001TC) mengandungi HIDROX ® , satu formula semula jadi yang merupakan serbuk jus buah zaitun kering beku. Proses penyediaannya adalah bebas bahan kimia (tanpa pelarut dan alkohol) untuk mengekalkan potensi antioksidan buah zaitun organik dan integriti semua polifenol lain dengan hydroxytyrosol (HT) secara semula jadi.
OLIVENOL ® mempunyai nisbah hydroxytyrosol dan polifenol lain yang tepat dan optimum untuk memberi manfaat kepada kesihatan. Ia mengandungi 98 peratus polifenol yang terdapat dalam buah zaitun tanpa lemak dan kalori!
Hydroxytyrosol Mengandungi antioksidan dengan nilai ORAC tinggi. OLIVENOL® mempunyai 300 kali lebih antioksidan daripada minyak zaitun dara dan mengandungi Kapasiti Menyerap Radikal Oksigen (ORAC) yang tertinggi dalam kalangan antioksidan semula jadi
(1), untuk melawan radikal bebas dan memodulasi sistem imun.
Radikal bebas dalam badan kita terbentuk daripada metabolisme sel atau dari sumber luar seperti pencemaran, asap rokok dan radiasi. Ia adalah toksik dan berbahaya kepada kulit kita serta badan. Radikal bebas memainkan peranan utama dalam penyakit kronik dan degeneratif seperti penuaan, artritis reumatoid, penyakit kardiovaskular dan juga kanser (2).
OLIVENOL® sudah berjaya menerokai pasaran antarabangsa sebagai suplemen tambahan yang bermanfaat dan popular dalam kalangan ribuan pengguna. Manfaat kesihatan OLIVENOL® sudah diuji secara klinikal dalam banyak kajian manusia di seluruh dunia. Sebagai produk semula jadi, ia mungkin tidak berfungsi secepat bahan kimia atau ubat-ubatan, tetapi mampu memberikan manfaat sebenar dalam jangka masa panjang, tanpa kebimbangan kesan sampingan.
OLIVENOL ® mempunyai 13 paten anugerah dari Amerika Syarikat dan di peringkat antarabangsa. Anda boleh menikmati kebaikan kesihatan dari sumber semula jadi buah zaitun dengan cara yang lebih mudah iaitu dengan mendapatkan Olivenol® 60 atau 120 kapsul.
Kini OLIVENOL® menjalankan program pengguna setia dengan ganjaran cepat dan terbaik untuk pengguna. Kumpulkan keduadua label keselamatan daripada empat atau 10 kotak OLIVENOL® dan lengkapkan borang yang boleh didapati di farmasi seluruh negara untuk penebusan hadiah.
Untuk maklumat lanjut atau pembelian, hubungi CreAgri International Sdn Bhd di + 603-7726 3161.
Rujukan:
Brunswick Labs, Wareham, MA.
Lien A, et al. Free radicals, Antioxidants in disease and health. Int J Biomed Sci, 2008 Jun 4(2): 89-96
Ini iklan produk tradisional. KKLIU 0509/2017