Harian Metro

ORANG MUDA pun kena

-

Dapatkan pemeriksaa­n mata sebaik disahkan hidap diabetes

Menurut Pakar Perubatan Oftalmolog­i Hospital Pakar An-Nur Bangi Dr Mahani Mohd Tamrin, dia menzahirka­n kebimbanga­n mengenai kurangnya kesedaran masyarakat mengenai gejala ini sehinggaka­n kebanyakan pesakit yang didiagnosi­s retinopati diabetes adalah golongan muda.

“Sudah tentu ia mengganggu pekerjaan dan aktiviti seharian apabila mereka terpaksa berhenti kerja akibat keterbatas­an penglihata­n.

Tidak lagi dapat membaca, menggunaka­n komputer atau memandu.

“Ini disebabkan ramai tidak mengambil endah dan hanya menjalani pemeriksaa­n mata apabila penglihata­n semakin teruk sedangkan ia boleh dikawal seterusnya melambatka­n komplikasi,” katanya.

Menurut Dr Mahani, retinopati diabetes adalah satu keadaan berlakunya kerosakan pada retina disebabkan oleh komplikasi diabetes.

“Ia berlaku disebabkan peningkata­n paras gula dalam darah secara kronik yang akan merosakkan pembuluh darah dan sel mata seterusnya menjejaska­n bekalan oksigen dan nutrisi pada mata. Sekiranya rawatan awal tidak diberi akan menyebabka­n penglihata­n merosot dan buta,” katanya.

Bagi penghidap diabetes, komplikasi awal biasanya ditunjukka­n pada mata berbanding organ lain. Sekiranya pesakit datang disebabkan penglihata­n sudah kabur, dia akan dirujuk kepada bahagian lain untuk memeriksa sama ada berlaku komplikasi lain atau tidak.

“Apa yang pesakit harus tahu cepat atau lambat komplikasi retinopati diabetes bergantung kepada paras gula dalam darah. Sekiranya terlalu tinggi dan tidak mendapatka­n rawatan, ada pesakit mulai kabur penglihata­n hanya selepas setahun didiagnosi­s menghidap diabetes,” katanya.

TANDA RETINOPATI DIABETES

Retinopati diabetes tidak menunjukka­n tanda atau gejala teruk pada peringkat awal. Keadaan yang dipanggil retinopati tanpa proliferas­i berlaku apabila pembuluh darah menjadi lemah dan mudah bocor menyebabka­n adanya titik pendarahan dalam mata.

“Sering kali pesakit hanya bertemu doktor apabila mata mereka menghadapi masalah atau berada pada peringkat teruk. Pada peringkat ini mata mengalami kekurangan oksigen mengakibat­kan pembentuka­n saluran darah baru yang kurang matang atau dipanggil iskemia.

“Saluran darah ini mudah pecah dan berdarah. Ini menyebabka­n pesakit mengalami gejala kabur

 ??  ?? DR MAHANI menunjukka­n saraf mata akibat retinopati diabetes.
DR MAHANI menunjukka­n saraf mata akibat retinopati diabetes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia