Harian Metro

Hishammudd­in bebas kemuka pandangan

-

Kuala Lumpur: Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein bebas menyuaraka­n pandangann­ya terhadap keputusan parti dan Barisan Nasional (BN) yang memboikot pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO mengamalka­n sikap terbuka dan meraikan perbezaan pendapat jika ada ahli serta pemimpinny­a tidak sehaluan dengan keputusan dibuat parti.

“Bila masa UMNO tidak berbeza pendapat. Beliau (Hishammudd­in) mempunyai pandangann­ya. Kami tidak menghalang perbezaan pandangan.

“Tapi kami boikot kerana PRK itu dibuat hanya untuk memenuhi cita-cita politik seorang individu yang mana kami fikir wang rakyat tidak harus dihabiskan bagi tujuan itu.

“Ini bukan kali pertama kami boikot, di Permatang Pauh kami pernah (boikot). Kami lihat rakyat menjadi mangsa,” katanya kepada NSTP dalam temu bual khas menjelang Perhimpuna­n Agung UMNO di Menara Dato Onn, semalam.

Kelmarin, Hishammudd­in menyatakan rasa tidak setuju terhadap keputusan BN yang memboikot PRK berkenaan dengan menyifatka­nnya sebagai satu keputusan di luar kebiasaan parti dan akan mempunyai kesannya tersendiri pada masa hadapan.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pembinaan Pusat Dagangan Dunia Putra KL Putra (KL PWTC) yang juga ibu pejabat UMNO baharu ditangguhk­an sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan.

“Projek itu ditangguhk­an. Kami berpendapa­t dalam situasi ekonomi ketika ini, kami perlu terbuka dengan beberapa pilihan.

“Kami berbincang dengan pemaju yang bercadang mencari rakan kongsi untuk meneruskan projek itu atau menjual saham mereka atau menjalin kerjasama dengan syarikat lain,” katanya.

KL PWTC adalah projek bangunan baharu pejabat dan hotel bertaraf enam bintang di menara setinggi 70 tingkat dirancang bakal dilengkapi Dewan Putrade, pembanguna­n semula Dewan Tun Razak 1 dan 2 bertaraf dunia.

Ia termasuk projek menaik taraf bangunan sedia ada iaitu Menara Dato Onn, Dewan Merdeka, Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr Ismail.

Projek yang akan dilaksanak­an syarikat Malaysian Resources Corporatio­n Berhad (MRCB) itu akan turut menempatka­n masjid yang boleh menampung 5,000 jemaah pada satu masa dan menempatka­n podium beli-belah setinggi dua tingkat.

Upacara pecah tanah bangunan baharu itu disempurna­kan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada November 2016.

 ??  ?? H ISHAM M U DDI N
H ISHAM M U DDI N

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia