Harian Metro

Geng 08 dijel

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@nstp.com.my

„

Seramai 13 individu masing-masing dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas pertuduhan menganggot­ai Geng 08 iaitu sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang, lima tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhka­n hukuman itu ke atas semua tertuduh berusia antara 19 dan 38 tahun selepas mereka menukar pengakuan kepada bersalah apabila ditawarkan dengan pertuduhan pindaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor meminda pertuduhan ke atas semua tertuduh daripada Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan kepada Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

Mahkamah memerintah­kan semua tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh mereka ditangkap antara 23 Mac dan 18 Jun lalu.

Mengikut pertuduhan pindaan, semua tertuduh masing-masing didakwa menganggot­ai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang iaitu ‘Geng 08’ di sekitar Kuala Lumpur antara 23 Ogos 2013 dan 28 Mac lalu.

Dakwaan terhadap mereka dikemukaka­n mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika disabit bersalah.

Sebelum ini mengikut pertuduhan asal, kesemua mereka didakwa menjadi anggota kumpulan jenayah terancang ‘Geng 08’ mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Dalam rayuan mereka, tertuduh-tertuduh merayu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia