Harian Metro

Dua sahabat dijel lima tahun rompak telefon bimbit remaja

-

Dua sahabat masing-masing dihukum penjara lima tahun dan sebatan sekali oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan merompak telefon bimbit milik remaja lima bulan lalu.

Hakim Azwarnida Affandi menjatuhka­n hukuman itu terhadap M Partiban, 23, dan G Loganathan, 21, selepas kedua-duanya mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan semula terhadap mereka.

Kedua-dua tertuduh dilihat di dalam kandang tertuduh sepanjang prosiding.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menyamun remaja lelaki berusia 16 tahun dengan merompak sebuah telefon bimbit, anak kunci dan kad pengenalan bernilai RM1,500 di stesen MRT Puchong Perdana, Puchong, dekat sini jam 1 pagi, 15 April lalu.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa yang berada di stesen MRT didatangi dua lelaki menunggang motosikal secara meluru dan merampas beg sandang dipakai sebelum melarikan diri.

Pada hari sama, anggota polis membuat rondaan cegah jenayah dan menahan dua lelaki yang mencurigak­an.

Hasil siasatan mendapati beg sandang mangsa ditemui dalam milikan kedua-dua tertuduh.

 ??  ?? RAYHAN dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuantan, semalam.
RAYHAN dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia