Harian Metro

Pengusaha kebun sayur haram cuba rasuah pegawai

-

Seorang pengusaha kebun sayur haram dituduh di Mahkamah Sesyen Kuantan semalam kerana memberi suapan kepada Timbalan Komander Operasi Ops Gading di Cameron Highlands, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Rayhan Shahid, 45, yang mengaku tidak bersalah didakwa melakukan kesalahan itu pada

13 Mei dan 21 Mei 2015 di dua lokasi berasingan di kawasan pusat peranginan terkenal berkenaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia

(SPRM), Siti Sarah Zainal Abiddin, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Mohamad Zakwan Mokhtar.

Rayhan dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 11 malam di Coffee House, Hotel Heritage, Cameron Highlands dengan memberi suapan berjumlah RM3,000 kepada Timbalan Komander Operasi Ops Gading, Sanifah Yusof bagi mengelak dikenakan tindakan penguatkua­saan terhadap tertuduh dan tanah kebun diusahakan di Lembah Bertam, dekat Cameron Highlands.

Beliau dituduh melakukan kesalahan di Restoran Strawberry Park Resort, Cameron Highlands dengan memberi suapan RM2,000 kepada orang sama bagi mengelak dikenakan tindakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia