Harian Metro

Kaki buli direman 3 hari Hadapi tiga pertuduhan

- Petah Wazzan Iskandar cnews@nstp.com.my

Balik Pulau: Mahkamah Majistret di sini, semalam, memerintah­kan suspek kes buli jalan raya di Bulatan Bayan Indah, berhampira­n Queensbay, direman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan kes terbabit.

Perintah reman itu dikeluarka­n Majistret Nur Azzuin Abdul Moati bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 kanun sama.

Kelmarin, pekerja kilang berusia 30 tahun itu ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes buli di jalan raya di Bulatan Bayan Indah, dengan video yang mempamerka­n aksinya tular di laman sosial.

Suspek yang berasal dari Kuala Nerang, Kedah ditahan di Teluk Kumbar di sini, pada jam 12.15 tengah hari.

Dalam kejadian itu, suspek dikatakan bertindak menendang cermin sisi kenderaan dinaiki mangsa, selain merampas telefon bimbit sepasang suami isteri terbabit dan menarik rambut seorang wanita.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika keluarga berkenaan dalam perjalanan ke sebuah pasar raya dan berjaya dileraikan orang awam, sebelum keluarga mangsa kemudian membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Dua suspek kes samun kedai dobi dan kedai runcit 24 jam di Bandar Puteri Jaya dan Taman Ria, awal bulan lalu, didakwa atas tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Pertuduhan dibaca di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini dengan Mohamad Zulfikar Nazriq Mohd Zahir, 21, membuat pengakuan bersalah, namun rakannya, Muhammad Asmuhairyl Abas, 20, tidak mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas melakukan rompakan berkumpula­n bersenjata­kan parang ke atas telefon bimbit milik seorang wanita berusia 23 tahun di hadapan pasar raya, jam 7.15 pagi, 10 September lalu.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa melakukan rompakan berkumpula­n menggunaka­n parang ke atas barang kemas dan barangan peribadi milik seorang wanita berusia 37 tahun di sebuah kedai mencuci pakaian di Bandar Puteri Jaya, jam 7 pagi, 11 September lalu.

Bagi pertuduhan ketiga, mereka didakwa melakukan rompakan berkumpula­n menggunaka­n parang ke atas wang tunai berjumlah RM1,500, telefon bimbit dan aksesori lain milik seorang lelaki

„ Dua suspek kes samun kedai dobi boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat

berusia 17 tahun di sebuah kedai di Jalan Kelab Cinta Sayang jam 7.15 pagi, 11 September lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Savinder

Singh.

Mohamad Zulfikar Nazriq tidak diwakili peguam manakala Muhammad Asmuhairyl diwakili G Shanmugan.

Mahkamah menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh untuk jatuh hukuman ke atas Mohamad Zulfikar Nazriq yang tidak dibenarkan ikat jamin.

Singh

Jugindar

 ??  ?? MOHAMAD Zulfikar (kanan) dan Muhammad Asmuhairyl diiringgi anggota polis di Mahkamah
Sesyen Sungai Petani.
MOHAMAD Zulfikar (kanan) dan Muhammad Asmuhairyl diiringgi anggota polis di Mahkamah Sesyen Sungai Petani.
 ??  ?? LELAKI (kanan) ditahan reman di Mahkamah Majistret Balik Pulau.
LELAKI (kanan) ditahan reman di Mahkamah Majistret Balik Pulau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia