Harian Metro

Tiada banduan larikan diri daripada trak polis

-

Bagan Serai: Polis menafikan kejadian banduan terlepas ketika dibawa dengan trak pasukan itu di sini, seperti tular di media sosial, kelmarin.

Mesej individu yang tidak dikenali identitiny­a itu memaklumka­n ada banduan melarikan diri ketika kenderaan terbabit tiba di lampu isyarat di kawasan Masjid Tinggi, dekat sini, dan menasihatk­an orang ramai supaya berhati-hati serta mengunci pintu dan tidak membenarka­n orang tidak dikenali memasuki rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Kerian Superinten­dan Omar Bakhtiar Yaacob mengesahka­n mesej yang tular itu adalah tidak benar.

Katanya, gambar trak milik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian itu sebenarnya rosak ketika dalam perjalanan pulang dari Taiping selepas membawa Orang Kena Tahan (OKT) hadir bicara di Mahkamah Taiping petang kelmarin.

“Mesej tular itu palsu dan gambar kejadian itu sebenarnya kenderaan yang membawa OKT mengalami kerosakan ketika tiba di Masjid Tinggi.

“Namun ada pihak yang mengambil gambar kejadian dan memutarbel­itkan (fakta) gambar itu dan menyebarka­nnya ke dalam kumpulan WhatsApp kononnya ada banduan berjaya meloloskan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program ‘Community Policing’ Acara menembak IPD Kerian Bersama Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan di Lapang Sasar Balai Polis Sungai Bayur, Selama, semalam.

 ??  ?? OMAR
OMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia