Malindo Air ke Kolkata mulai 22 Oktober ini
Malindo Air memperkenalkan laluan terbarunya antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Netaji Subhas Chandra Bose Kolkata berkuatkuasa 22 Oktober ini.
Penerbangan lima kali sehari itu turut menawarkan tambang promosi sehala dari Kuala Lumpur pada harga RM499 untuk kelas ekonomi dan RM899 kelas perniagaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy berkata, bandar raya Kolkata adalah destinasi yang dinantikan serta menjadi bandar kelapan di India termasuk dalam perkhidmatan Malindo Air.
“Dengan lima penerbangan seminggu, kami berharap dapat meningkatkan trafik pelancong bagi percutian atau perniagaan di antara kedua-dua bandar ini.
“Kami optimis laluan baru ini dan menjangka lebih banyak kekerapan dalam tempoh terdekat ini,” katanya di sini.
Menurutnya, penerbangan sulung itu akan bermula sama dengan waktu puncak di India.
“Penerbangan kami menjadi pilihan premium memandangkan Malindo Air menawarkan elaun bagasi 25 kilogram untuk kelas ekonomi dan 40 kilogram kelas perniagaan, hidangan di atas pesawat dan ruang kaki lebih luas,” katanya.
Sebarang tempahan boleh dibuat melalui laman web www.malindoair.com atau ejen pelancongan.