Harian Metro

Komitmen Perodua

-

„ Lancar Pusat B&P untuk pelanggan di pantai timur

Perodua memperkena­lkan pusat Badan Kenderaan dan Cat (B&P) ke-66 di Kota Bharu bagi memenuhi keperluan pelanggan di pantai timur.

Pusat baru bernilai RM2 juta ini dimiliki dan dikendalik­an pengedar Perodua, Nasrom (M) Sdn Bhd.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Datuk Dr Zahari Husin berkata, pihaknya mengiktira­f dan menghargai pelaburan dibuat Nasrom (M) Sdn Bhd serta komitmen mereka dalam memenuhi keperluan pelanggan Perodua.

“Perodua akan terus menambah baik kemudahan B&P sedia ada atau mewujudkan kemudahan baru bagi memenuhi keperluan lebih 3.2 juta pemilik kenderaan di seluruh negara.

“Selain meningkatk­an kemudahan kepada pelanggan, kemudahan baru ini membuktika­n komitmen Perodua dalam mengembang­kan ekosistem automotif tempatan terutama pengedar bebas seperti Nasrom (M) Sdn Bhd.

“Ini sebahagian daripada tanggungja­wab Perodua sebagai syarikat kereta nasional,” katanya dalam satu kenyataan. Terletak di kawasan seluas 17,000 kaki persegi, kemudahan B&P baru ini mampu membaiki sehingga 1,080 kereta setahun.

Pengarah Urusan Nasrom, Ab Alim@Ab Halim Hassan berkata, dengan kemudahan baru berkenaan, pelanggan dijamin dengan mutu kerja berkualiti dan alat ganti tulen dalam proses membaiki kereta mereka.

“Kakitangan kami yang sah akan membantu dalam proses tuntutan insurans.

“Kami memahami bahawa membaiki kenderaan memberi tekanan, namun begitu kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan pengalaman anda dengan kami menjadi mudah dan menyenangk­an,” katanya.

Dilantik sebagai pengedar sah Perodua sejak 1994, Nasrom (M) Sdn Bhd turut mengendali­kan cawangan 1S (jualan) dan cawangan 2S (servis dan alat ganti), kedua-duanya di Kubang Kerian.

Daripada 66 pusat B&P Perodua di seluruh negara, tujuh berada di Pantai Timur, meliputi kawasan Kuala Terengganu, Kemaman, Kuantan, Jerantut dan Kota Bharu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia