Harian Metro

‘RUMAH BAHARU’ COSBY

- Agensi

„ Pelawak bakal jalani hukuman di penjara serba moden berkawalan maksimum

Penjara negeri Pennsylvan­ia yang baharu dan canggih bernilai AS$400 juta (RM1.7 bilion) kini menjadi rumah baharu pelawak dan ikon televisyen, Bill Cosby.

Cosby, 81, dipenjara tiga hingga 10 tahun, Selasa lalu, kerana memberi dadah kepada seorang wanita sehingga pengsan serta mencabulny­a pada 2004.

Mangsanya, Andrea Constand, bekas pentadbir pasukan bola keranjang wanita Universiti Temple.

Hakim memutuskan Cosby ‘pemangsa seks ganas’ bererti dia perlu menjalani kaunseling seumur hidup dan melaporkan diri kepada pihak berkuasa setiap suku tahun.

Namanya juga akan dimasukkan dalam daftar pesalah seks dan dihantar ke jirannya, sekolah-sekolah serta mangsa. Cosby turut didenda AS$25,000 (RM103,000).

Cosby ditahan terlebih dulu di Penjara Daerah Montgomery selama beberapa hari sebelum dijangka dihantar ke penjara serba canggih, SCI Phoenix, Collegevil­le, Pennsylvan­ia, yang baru dibuka pada 9 Julai lalu, kata jurucakap pejabat pendakwa Montgomery.

Di SCI Phoenix, dia akan diperiksa untuk mengetahui keperluan fizikal, perubatan dan keselamata­nnya. Dia dipercayai akan memerlukan penjagaan perubatan jangka panjang sepanjang tempoh hukuman.

SCI Phoenix penjara keselamata­n maksimum serba moden dengan 3,830 katil dan kemudahan bagi banduan kurang upaya.

Penjara seluas 164 ekar itu mempunyai 1,200 kakitangan sepenuh masa dan dikeliling­i dua lapisan pagar kawat berduri dengan perimeter 2.4 kilometer.

Antara program ditawarkan penjara itu ialah rawatan pesalah seks, kesedaran mengenai mangsa dan kelas kesedaran impak jenayah.

Jika pihak pentadbira­n menganggap wujud risiko terhadap Cosby kerana statusnya sebagai selebriti, atau jika dia mampu menyebabka­n risiko terhadap orang lain, dia akan ditahan secara bersendiri­an.

Jika tidak, kemungkina­n besar dia akan berkongsi sel tahanan dengan seorang lagi banduan dan cuma dibenarkan keluar untuk aktiviti tertentu seperti makan, bersenam dan sesi kaunseling.

Setiap sel tahanan dilengkapi katil dan lokar simpanan barang, selain jamban serta sinki diperbuat daripada keluli tahan karat, meja kecil dan bangku.

Sistem kuncinya juga menggunaka­n kawalan elektrik dari lokasi pusat.

Dia dibenarkan membawa tablet untuk mendengar muzik atau permainan video tetapi tidak akan mendapat akses Internet, kata jurucakap jabatan penjara Amy Worden.

 ??  ?? CONTOH sel tahanan di SCI Phoenix yang bakal dihuni Cosby. Gambar kecil, Cosby. - Daily Mail
CONTOH sel tahanan di SCI Phoenix yang bakal dihuni Cosby. Gambar kecil, Cosby. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia