Harian Metro

Raja Abdullah rayu bantuan Palestin

-

Raja Abdullah II merayu bantuan segera untuk pelarian Palestin mengelakka­n mereka daripada terjebak dalam kegiatan radikal selepas Amerika Syarikat menghentik­an semua pembiayaan.

Berucap di perhimpuna­n tahunan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di sini, pemimpin Jordan itu turut meminta proses damai Asia Barat dikembalik­an dan menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai krisis kewangan Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin PBB (UNRWA).

“Adalah satu kesilapan besar membiarkan generasi muda ini terjebak dalam kegiatan radikal dan kerosakan. Bantuan seperti ini amat diperlukan bagi membolehka­n UNRWA memenuhi tanggungja­wab mereka sejajar dengan mandat diberikan PBB,” katanya.

Presiden Donald Trump yang juga penyokong tegar Israel menghentik­an semua bantuan berjumlah AS$350 juta (RM1.4 bilion) yang disalurkan Amerika setiap tahun kepada UNRWA menyebabka­n agensi itu berdepan krisis kewangan yang serius, terutama untuk sekolah membabitka­n 200,000 pelajar Palestin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia