Harian Metro

‘Beri masa dia

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Chong Wei dijangka kembali ke tanah air awal Oktober

Minggu pertama Oktober. Itu jangkaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhubung kepulangan jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei.

Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria berkata, Chong Wei dinasihatk­an supaya tidak berjalan jauh untuk tempoh seminggu lagi selepas menjalani rawatan kanser hidung di Taiwan.

“Tidak, dia belum pulang lagi. Malah minggu ini mustahil (dia pulang),” katanya ketika menghadiri sidang media pelancaran Purple League, semalam.

“Apa yang difahamkan, doktor menasihatk­annya untuk tidak berjalan jauh lagi. Jawapan paling selamat dia akan pulang pada minggu pertama Oktober.”

Sabtu lalu, BAM mengesahka­n Chong Wei menghidap kanser hidung sekali gus menamatkan segala spekulasi mengenai penyakit misteri yang menghantui­nya sejak menarik diri daripada Kejohanan Dunia di Nanjing, China dan Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 baru-baru ini.

Norza turut membayangk­an wira negara berusia 36 tahun itu mungkin akan mengadakan sidang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia