Harian Metro

BAM seru beregu negara bangkit segera

-

Kuala Lumpur: Bangkit segera atau dibekukan daripada menyertai sebarang pertanding­an!

Amaran itu diberikan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria kepada beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong selepas mereka tersingkir awal pada saingan Terbuka Jepun dan China.

Apa yang lebih memeningka­n badan induk itu, gandingan itu ditunjukka­n jalan keluar oleh lawan yang mempunyai ranking lebih rendah.

Norza yang menghadiri majlis pelancaran edisi kelima Purple League semalam berkata: “Kami (BAM) sudah menjelaska­n bahawa kami mahu skuad yang ampuh. Kami tidak memerlukan ramai pemain, tetapi kami mahu pemain yang boleh mengekalka­n indeks petunjuk prestasi (KPI).

“Saya selalu berbincang dengan pengerusi Jawatankua­sa C&T (Datuk Ng Chin Chai) dan saya beritahu, bahawa kami perlukan keputusan segera.

“Kami juga tetapkan kriteria untuk pemain tidak boleh tewas kepada lawan yang mempunyai ranking lebih rendah dalam tiga kejohanan berturut-turut, ataupun pemain terbabit berdepan tindakan dibekukan daripada sebarang pertanding­an untuk tempoh tiga bulan.

“Jadi, untuk V Shem-Wee Kiong mereka sudah dua kali gagal beraksi baik.

“Malah, saya dan Chin Chai sudah mencapai persetujua­n, bahawa kami hanya mahu mengekalka­n pemain yang berminat dan sedia bekerja keras untuk kekal di BAM. Jika tidak, mereka boleh pergi.”

Terdahulu, V Shem-Wee Kiong kecundang di pusingan pertama Terbuka Jepun kepada Manu Attri-B Sumeeth Reddy dari India, sementara di Terbuka China menyaksika­n pasangan itu tunduk kepada wakil Indonesia, Ricky Karandasuw­ardi-Angga Pratama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia