Harian Metro

Mickelson, Woods sedia berganding

-

Paris: Phil Mickelson yang gandingann­ya bersama Tiger Woods pada Piala Ryder 2004 langsung tidak menjadi berkata, dia sedia mengambil peluang itu sekali lagi dan berasakan Woods juga akan melakukan perkara serupa.

Mickelson dan Woods akan membarisi pasukan juara bertahan Amerika Syarikat menentang lawan dari Eropah pada edisi ke-42 Piala Ryder bermula Jumaat ini di lapangan Le Golf National di Perancis.

Namun timbul persoalan sama ada Woods, pemain berusia 42 tahun yang mengumpul 14 kejuaraan utama dan pemain kidal Mickelson, juara kejohanan utama lima kali pada usia 48, akan digandingk­an dalam acara foursomes atau fourballs oleh kapten Amerika Syarikat, Jim Furyk.

“Saya rasa kami mengalu-alukan gandingan itu,” kata Mickelson yang semakin rapat dengan Woods sejak mereka menganggot­ai pasukan bertindak Piala Ryder Amerika Syarikat pada 2014.

Menjadi seteru sepanjang karier mereka, Woods dan Mickelson digandingk­an oleh kapten Hal Sutton pada 2004 ketika kedua-dua pemain itu mengisi ranking tertinggi bagi kejohanan itu.

Pada hari pertama, mereka tewas acara fourball 2&1 dan tewas 1up dalam acara foursomes, yang mana mereka tewas di lubang terakhir selepas pukulan tee Mickelson tersasar ke dalam hutan dan Woods memberi renungan tajam kepadanya.

Mickelson juga akan bertembung dengan Woods dalam aksi satu lawan satu pada November depan di Las Vegas dengan pemenang akan membawa pulang AS$9 juta (RM37.27 juta). - AFP

 ??  ?? MOLINARI akui tekanan bertemu bekas pemain nombor satu dunia terlalu tinggi.
MOLINARI akui tekanan bertemu bekas pemain nombor satu dunia terlalu tinggi.
 ??  ?? SIMONA tersingkir dalam dua set di tangan Dominika.
SIMONA tersingkir dalam dua set di tangan Dominika.
 ??  ?? FURYK memegang Piala Ryder sambil dilihat Woods (kiri) dan Mickelson pada sesi foto.
FURYK memegang Piala Ryder sambil dilihat Woods (kiri) dan Mickelson pada sesi foto.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia