Harian Metro

Guardiola puji aksi memukau Foden

-

London: Pep Guardiola memuji aksi memukau bintang muda England, Phil Foden ketika membantu kelabnya membenam Oxford pada pusingan ketiga saingan Piala Liga, semalam.

Foden turut muncul pemain terbaik perlawanan itu apabila dia membuka akaun jaringan bersama skuad senior yang menyaksika­n City meraih kemenangan 3-0 di Stadium Kassam.

Malah, pemain berusia 18 tahun itu turut mengumpan dua gol yang disempurna­kan oleh Gabriel Jesus (minit ke-36) dan Riyad Mahrez (minit ke-78) dengan Foden pula menggegar gawang di penghujung saingan.

Kelibat pemain utama skuad bawah 19 (B-19) tahun England itu sebelum ini menjadi sasaran beberapa kelab selepas tertarik

>> United beraksi dengan 10 pemain ketika menentang Derby

dengan aksinya di peringkat antarabang­sa.

Bagaimanap­un, peluang untuk dirinya menempatka­n diri dalam kesebelasa­n utama dilihat sukar apabila perlu bersaing dengan pemain senior.

Namun bagi Guardiola, Foden memiliki keistimewa­an tersendiri dan percaya dia mempunyai masa depan yang cerah di Etihad.

“Caranya meraikan gol pertamanya seolah-olah dia memenangi perlawanan akhir Piala Dunia dan itu disebabkan dia adalah peminat City,” kata Guardiola. “Impian saya adalah untuk melihat dia kekal di sini sekurang-kurangnya 10 tahun dan jika ia memilih jalan itu saya yakin dia bakal muncul sebagai pemain paling penting buat kelab ini”.

Pengurus Oxford, Karl Robinson pula beranggapa­n gaya permainan Foden seperti bekas pemain tengah Barcelona, Andreas Iniesta yang pernah dibimbing Guardiola ketika dia menjadi pengurus pasukan di Camp Nou dari 2008-2012.

“Wow… itu adalah penghargaa­n tinggi

(dari Robinson). Saya sudah banyak kali meluahkan betapa saya gembira dengan aksi Foden, ” kata Guardiola.

“Saya tidak akan mengatakan bahawa dia akan menjadi Iniesta kerana ia meletakkan tekanan kepadanya, Iniesta antara pemain terbaik yang pernah saya lihat dalam hidup saya.

“Jadi kami tidak boleh meletakkan tekanan pada Foden tetapi dia mempunyai kualiti untuk berada di sini selama 10 tahun kerana saya fikir dia mahu kekal, saya rasa kelab juga sudah tentu mahukannya,” tambahnya. -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia