Harian Metro

Kama-max mahu jadi penaja utama Kelantan

- Attirmidzi­e Rahman sukanteam@nstp.com.my

Kota Bharu: Syarikat produk kesihatan, Kama-max menyatakan hasrat untuk menjadi penaja utama pasukan Kelantan dalam usaha mengembali­kan kegemilang­an bola sepak di negeri itu.

Pengarah Urusannya, Mohd Omar Mohd Ali berkata, keinginan untuk menjadi sebahagian penaja pasukan itu sudah dibuat

(gambar)

pada musim 2016 namun atas sebab tertentu tiada rundingan tercapai antara pihaknya bersama Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Katanya, hasrat terbabit kembali dengan meletakkan keyakinan tinggi terhadap pasukan dan menawarkan untuk menjadi sebahagian penaja atau penaja utama musim 2019.

“Kita memang

hampir menjadi penaja Kelantan pada musim 2017 apabila rundingan dibuat pada penghujung 2016. Namun disebabkan rundingan itu diadakan pada Disember 2016 sedikit kesulitan timbul dan rundingan itu seterusnya tidak menjadi.

“Dan pada musim ini (2018), kita juga tidak sempat melakukan apa-apa rundingan memandangk­an pertukaran pengurusan baharu badan induk. Oleh itu hasrat ini mahu saya teruskan pada musim baharu tahun hadapan dengan menaja pasukan ini.

“Jadi saya mengharapk­an ada pihak persatuan dapat menghubung­i saya untuk perbincang­an lanjut mengenai tajaan ini,” katanya.

Mohd Omar berkata, biarpun bukan anak jati Kelantan, dia yakin minat mendalam terhadap bola sepak di negeri ini dapat membantu menaikkan semula nama pasukan ini musim depan.

“Saya ikuti perkembang­an bola sepak negeri ini walaupun saya bukan orang Kelantan tetapi disebabkan minat yang mendalam terhadap pemain serta semangat penyokong mereka, keinginan itu timbul,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia