Harian Metro

‘Bila ribut kami lari ke darat’

- Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

„ Lelaki bina pondok selepas permohonan dapatkan bantuan bina semula rumah temui jalan buntu

Tidur bersesak dalam pondok, selain terpaksa berlari ke darat apabila angin kencang kerana bimbang pondok ranap.

Itu kesukaran terpaksa dilalui Imbran Kumit, 68, dan isterinya, Darmata Miri, 64, bersama tiga anak dan 11 cucu selepas rumah mereka roboh di perkampung­an atas air Kampung Sim-Sim, Jun lalu.

Ketika ditemui, Imbran berkata, dia mengambil inisiatif membina pondok selepas permohonan mendapatka­n bantuan daripada beberapa pihak untuk membina semula rumah menemui jalan buntu.

Katanya, kediamanny­a yang roboh pada Jun lalu adalah rumah kedua dibina 18 tahun lalu menggunaka­n wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kos RM60,000.

“Sekarang saya cuma mampu mengharap bantuan anak tetapi tak boleh 100 peratus kerana masing-masing sudah ada keluarga dan mempunyai tanggungja­wab sendiri.

“Untuk menyewa rumah, agak sukar untuk kami yang tiada pendapatan. Tambahan lagi, cucu semua bersekolah di sini dan jika pindah ke tempat lain, mungkin ia meningkatk­an perbelanja­an,” katanya ketika ditemui NSTP.

Dalam kejadian 1 Jun lalu, rumah Imbran yang terletak di Jambatan 11 dan didiami bersama 28 orang termasuk isteri, anak, menantu serta cucu roboh akibat dipukul ombak selepas hujan lebat berterusan jam 3.30 pagi.

Tinjauan mendapati pondok didiami Imbran dan keluargany­a dibina berhadapan dengan lot bekas rumah yang roboh dengan panjang enam meter dan lebar tiga meter.

Imbran berkata, sejak pondok itu dibina sebulan selepas kejadian, sudah dua kali dinding yang cuma menggunaka­n papan lapis serta bumbung tercabut.

“Apabila ada ribut kami lari ke darat walaupun pada waktu malam. Mahu bina rumah sendiri, kami tak mampu kerana harga bahan binaan terlalu mahal.

“Mahu cari sendiri kayu dalam hutan pun perlu ada kebenaran pihak berkuasa. Jika ada pihak sudi bantu beri tiang, papan lapis atau atap untuk bina rumah, kami amat bersyukur,” katanya sambil mengucapka­n penghargaa­n kepada beberapa agensi serta wakil rakyat yang menghulurk­an bantuan selepas kejadian terbabit.

 ??  ?? IMBRAN bersama cucunya yang tinggal bersama dalam pondok di Kampung Sim-Sim. Gambar kecil, Imbran di hadapan pondoknya.
IMBRAN bersama cucunya yang tinggal bersama dalam pondok di Kampung Sim-Sim. Gambar kecil, Imbran di hadapan pondoknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia