Harian Metro

Projek printis atasi kebakaran di rumah panjang

-

Sri Aman: Kebakaran rumah panjang yang semakin membimbang­kan sejak kebelakang­an ini mampu diatasi dengan wujudnya projek perintis Sistem Salur Bantu Mula.

Projek perintis yang masih di peringkat cadangan itu sudah diutarakan Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang berikutan kebimbanga­nnya terhadap kekerapan kejadian kebakaran membabitka­n rumah panjang di negeri ini.

Sistem Salur Bantu Mula itu membolehka­n penduduk dan penghuni premis mengawal serta memadam kebakaran di peringkat kecil.

Jugah berkata, Sistem Salur Bantu Mula dilihat antara langkah proaktif yang mampu mencegah kebakaran yang berlaku daripada merebak seterusnya memusnahka­n rumah panjang.

Katanya, ia sesuai dilaksanak­an di rumah panjang yang memiliki kemudahan air paip dan terletak jauh daripada Balai Bomba dan Penyelamat.

“Saya sudah mengutarak­an cadangan ini untuk diusulkan ke peringkat lebih tinggi sebagai langkah mengatasi kebakaran rumah panjang.

“Sudah tiba masanya sistem ini dibangunka­n khususnya di kawasan pedalaman supaya penduduk memberi tindak balas awal sementara menanti pasukan bomba, sekali gus dapat mengurangk­an risiko kehilangan harta benda dan nyawa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Summer Camp bagi Zon Sri Aman/Betong di Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman di sini, kelmarin.

Jugah berkata, kertas kerja projek perintis Sistem Salur Bantu Mula disiapkan dalam tempoh terdekat sebelum dihantar ke kementeria­n untuk penelitian dan kelulusan.

“Saya berharap cadangan projek perintis ini mendapat tindak balas positif daripada kementeria­n berkaitan,” katanya

 ??  ?? JUGAH bersama peserta di Majlis Penutupan Program Summer Camp bagi Zon Sri Aman/Betong di Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman.
JUGAH bersama peserta di Majlis Penutupan Program Summer Camp bagi Zon Sri Aman/Betong di Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia