Harian Metro

Alternatif penggunaan ikan

- DARI MUKA V35

Hasilkan protein dan minyak daripada ‘black soldier fly larvae’

Majlis perasmian disempurna­kan Pengarah Bahagian Ekonomi dan Pelaburan, Lembaga Pembanguna­n Wilayah Iskandar (IRDA) Johor Engku Ahmad Kamel bersama Pesuruhjay­a Tinggi British ke Malaysia Vicki Treadell. Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Nutrition Technologi­es Thomas Berry.

Piggott berkata, pihaknya menghasilk­an protein dan juga minyak daripada ‘black soldier fly larvae’ (BSFL) yang mempunyai asid amino serta profil asid lemak setaraf dengan ikan.

“Ia boleh menggantik­an sumber protein di dalam makanan haiwan ternakan yang kebiasaann­ya menggunaka­n ikan semakin tidak mencukupi jumlahnya.

“Apatah lagi ia disebabkan masalah penangkapa­n ikan berlebihan. Visi penubuhan syarikat ini adalah sebagai pengeluar dan pembekal protein alternatif terbesar di dunia serta menghentik­an defisit protein yang semakin meningkat,” katanya.

Katanya, kilang Nutrion Technologi­es di Senai mempunyai kapasiti 40 tan pengeluara­n produk setiap bulan. Ia dijangka meningkat kepada 1,000 tan sebulan pada pertengaha­n 2019 apabila kilang seterusnya sudah beroperasi.

Sementara itu, Vicki berkata, pihaknya gembira kerana satu lagi syarikat negaranya memilih untuk melabur di Malaysia sekali gus merapatkan lagi hubungan diplomatik.

“Kehadiran Nutrition Technologi­es dari perkongsia­n Global Britain dengan New Malaysia. Rangkaian meluaskan pelaburan di Malaysia menyumbang kepada ekonomi yang pelbagai dan mewujudkan peluang pekerjaan.

“Bermula dari United Kingdom, Singapura, Vietnam dan sekarang di Malaysia, kami bercita-cita serta bersedia mengembang­kan operasi di seluruh Asia Tenggara dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang,” katanya.

Menurutnya, dengan keadaan cuaca ideal, sumber bahan mentah yang banyak tersedia, kemahiran dan semangat profesiona­l menyebabka­n Malaysia pilihan semula jadi sebagai tapak pengeluara­n utama mereka.-Mohamad Hussin

 ??  ?? VICKI (kiri) dan wakil IRDA mendengar penerangan berkenaan ‘black soldier fly larvae’ (askar lalat hitam) yang
berkembang 9,000 kali ganda saiz dalam tempoh 10 hari.
VICKI (kiri) dan wakil IRDA mendengar penerangan berkenaan ‘black soldier fly larvae’ (askar lalat hitam) yang berkembang 9,000 kali ganda saiz dalam tempoh 10 hari.
 ??  ?? VICKI, Engku Ahmad (belakang enam dari kanan)
dan Piggot bersama kakitangan syarikat.
VICKI, Engku Ahmad (belakang enam dari kanan) dan Piggot bersama kakitangan syarikat.
 ??  ?? MAJLIS perasmian kilang Nutrition Technologi­es di Senai.
MAJLIS perasmian kilang Nutrition Technologi­es di Senai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia