Harian Metro

Pembubaran BERSATU NS tak jejas kempen

-

Anwar turut berkata, PH setakat ini tidak menerima sebarang cadangan pembentuka­n kerajaan perpaduan dengan pembangkan­g.

“Tidak ada cadangan (kerjasama dengan UMNO) dan bagi saya tidak relevan untuk dibincangk­an. Seperti disepakati, kita komited kepada PH yang ia satu konsensus dan tidak ada keperluan untuk bincang melangkaui­nya.

“Kita tidak akan ubah pendirian ini. Kita sudah bincang antara pemimpin dan ia konsensus,” katanya

Sementara itu, ketika mengulas keputusan PAS akan meletakkan calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Anwar berkata, sesiapa saja boleh bertanding kerana Malaysia mengamalka­n demokrasi. “Ini negara demokrasi sesiapa saja boleh bertanding asalkan jaga dengan baik,” katanya. Putrajaya: Pembubaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sembilan tidak sedikit pun menjejaska­n kempen Pakatan Harapan (PH) terutama menjelang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata, BERSATU Negeri Sembilan hanyalah satu daripada ‘juzuk’ kekuatan parti itu.

Menurutnya, beliau sudah mengadakan perbincang­an dengan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin dan diberi jaminan bahawa BERSATU memberi komitmen penuh untuk turun berkempen.

“Ia tidak akan menjejaska­n kempen kita di Port Dickson. Kita tidak nampak (pembubaran) itu sebagai satu ancaman kepada PH,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Pelantikan Pengerusi dan Ahli Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MyCC) di kementeria­nnya semalam.

Semalam, Muhyiddin mengumumka­n BERSATU

>>Ahmad Zahid mengakui pucuk pimpinan UMNO ada menemui Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini

Negeri Sembilan dibubarkan serta merta kerana menimbulka­n pelbagai masalah dan melanggar perlembaga­an parti.

Sementara itu, Saifuddin berkata, beliau memberi nama calon bagi menjawat jawatan Pengerusi MyCC kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum dipersetuj­ui.

“Datuk Seri Hishamudin Md Yunus dipilih sebagai Pengerusi MyCC yang baru. Kami berharap pelantikan itu akan menambahka­n lagi keupayaan dan fungsi suruhanjay­a berkenaan,” katanya.

 ??  ?? SAIFUDDIN
SAIFUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia