Harian Metro

Tak sempat tunjuk aksi

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@nstp.com.my

„ Kumpulan mat rempit leka kumpul wang pertaruhan lumba haram ditahan

Cubaan sekumpulan mat rempit menyertai satu perlumbaan haram membabitka­n pertaruhan ribuan ringgit gagal apabila dicekup polis di sebuah restoran di Jalan Johan Setia di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, 10 lelaki termasuk penganjur ‘acara’ berusia 18 hingga 52 tahun mengumpul wang taruhan untuk berlumba di sekitar Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, perkara itu dihidu sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkenaan yang menjalanka­n Op Samseng Jalanan di sekitar daerah ini.

“Bertindak atas maklumat, pasukan itu membuat pemantauan di sebuah restoran dan mendapati seorang lelaki dipercayai penganjur perlumbaan haram berada di premis terbabit.

“Tidak lama kemudian, seorang demi seorang peserta (sembilan lelaki) yang dipercayai bakal menyertai perlumbaan itu turut datang dan menyerahka­n sejumlah wang bagi tujuan pertaruhan yang dijadualka­n berlangsun­g pada jam 4 pagi.

“Mereka bagaimanap­un ditahan dan dibawa ke Balai Trafik Klang untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, semalam.

Menurut beliau, pihaknya turut menyita enam motosikal milik suspek masing-masing Yamaha RXZ, Yamaha 125 ZR dan Yamaha 125 Z.

“Selain itu, kami merampas sejumlah wang bernilai ribuan ringgit dipercayai wang pertaruhan di dalam dompet poket seluar penganjur perlumbaan berkenaan. “Semua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Shamsul Amar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 81 (2) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 iaitu sekatan ke atas pertanding­an dan ujian kelajuan.

 ??  ?? ANTARA mat rempit yang dibawa ke mahkamah selepas ditahan polis ketika cuba mengatur lumba haram di sebuah restoran di Jalan Johan Setia, Klang.
ANTARA mat rempit yang dibawa ke mahkamah selepas ditahan polis ketika cuba mengatur lumba haram di sebuah restoran di Jalan Johan Setia, Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia