Harian Metro

Kenduri gol

- Reuters

Kapten Borussia Dortmund, Marco Reus meledak dua gol untuk membantu skuadnya membelasah Nuremberg 7-0 semalam sekali gus melonjak ke tangga kedua Bundesliga, dua mata di belakang pendahulu Bayern Munich.

Skuad tuan rumah nyata terlalu pantas buat Nuremberg yang masih belum mencatat sebarang kemenangan di Dortmund sejak 1990 dan merekodkan kemenangan kedua terbesar dalam Bundesliga.

Jacob Bruun Larsen memperdaya penjaga gol Nuremberg untuk membuka tirai jaringan hasil bantuan pemain sensasi Amerika Syarikat berusia 20 tahun, Christian Pulisic dan Reus menyumbat gol kedua hasil sepakan padu pada minit ke-32 dalam perlawanan yang dilihat berat sebelah.

Reus yang juga pemain sayap Jerman menjaringk­an gol kedua peribadiny­a pada babak kedua selepas pemain remaja Achraf Hakimi turut mencetak nama sebagai penjaring.

Tuan rumah menjaringk­an tiga gol pada baki 16 minit terakhir menerusi Manuel Akanji, Jadon Sancho dan Julian Weigl membolehka­n mereka meraih 11 mata, merapatkan kedudukan dengan Bayern yang seri 1-1 menentang Augsburg, kelmarin.

“Kami bermula dengan baik dan mendapat gol pertama tapi kami mahu terus menyerang,” kata jurulatih Dortmund, Lucien Favre.

“Sesuatu yang menyeronok­kan dapat bekerjasam­a dengan pasukan ini.

“Kami mempunyai pasukan yang amat muda dan pemain perlu terus bekerja keras,” kata pengendali dari Switzerlan­d itu yang mengendali­kan Dortmund bagi musim sulungnya.

Sementara itu pemain kebangsaan Jerman, Kevin Volland menjaringk­an dua gol buat Bayer Leverkusen yang menang 2-1 ke atas Fortuna Dusseldorf.

Leverkusen kini memenangi dua perlawanan terakhir mereka selepas tewas tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini dan kini menghuni tangga ke-11 liga.

„ Reus jaringkan dua gol bantu Dortmund benam Nuremberg

 ??  ?? REUS (atas) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan Jacob Bruun Larsen.
REUS (atas) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan Jacob Bruun Larsen.
 ??  ?? PEMAIN Dortmund, Christian Pulisic (tengah) diasak pemain Nuremberg, Alexander Fuchs (kiri) dan Tim Leibold.
PEMAIN Dortmund, Christian Pulisic (tengah) diasak pemain Nuremberg, Alexander Fuchs (kiri) dan Tim Leibold.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia