Harian Metro

Baiki palang

„ Penduduk Kampung Peringatan gesa bina penghadang landasan kereta api baharu bagi jamin keselamata­n pengguna

- Suzianah Jiffar suzianah@nstp.com.my

Penduduk Kampung Peringatan meminta kerajaan segera membaiki palang landasan kereta api berhampira­n Tugu Peringatan, Petagas di sini, demi keselamata­n orang ramai khususnya pengguna jalan raya.

Ini berikutan kes kereta api merempuh Proton Preve di landasan di Jalan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA) tengah hari kelmarin, menyebabka­n seorang penumpang kereta terbabit meninggal dunia manakala

rakan mangsa parah.

Tinjauan mendapati kawasan landasan itu mempunyai palang namun ia tidak berfungsi, sekali gus merisaukan penduduk kampung yang mahu melintasin­ya. Penduduk yang ditemui mendakwa, palang kawalan landasan di lokasi kejadian tidak berfungsi sejak lima bulan lalu.

Abdul Halim Abdul Karim, 30, berkata, palang itu memang bermasalah sejak beberapa bulan lalu.

“Kami tidak pasti apa masalahnya tetapi keadaan itu membahayak­an pengguna jalan raya kerana ia laluan utama ke jalan besar.

“Sepatutnya jika ada kerosakan ia perlu dibaiki atau sekurang-kurangnya menempatka­n pondok supaya ada pengawal menjaga keadaan keselamata­n di situ.

“Sebelum kejadian semalam (kelmarin), ada beberapa juga kes di situ membabitka­n kereta api dengan kereta atau motosikal tetapi tidak menyebabka­n maut,” katanya.

FAKTA Palang kawalan landasan tidak berfungsi sejak kira-kira lima bulan

lalu

 ?? FOTO: MOHD NAZLLIE ZAINUL ?? PALANG kawalan di landasan kereta api di Jalan Taman Peringatan, Petagas didakwa tidak berfungsi.
FOTO: MOHD NAZLLIE ZAINUL PALANG kawalan di landasan kereta api di Jalan Taman Peringatan, Petagas didakwa tidak berfungsi.
 ??  ?? ABDUL Halim tinjau kawasan kemalangan babitkan rakannya.
ABDUL Halim tinjau kawasan kemalangan babitkan rakannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia