Harian Metro

KANTUNG SEL RM300,000

„ Pesakit warga emas terperdaya dakwaan ejen produk kesihatan jual sel stem palsu

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Asmah Rusman cnews@nstp.com.my

> Mereka sanggup membayar hingga RM300,000 untuk membeli sel stem yang didakwa boleh menyembuhk­an penyakit kronik tanpa menyedari ia adalah dari tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Bahagian Penguatkua­sa Farmasi (BPF) Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) kemudian menyerbu sebuah pusat kecantikan di Jalan Ampang yang menawarkan kaedah

rawatan meragukan itu., lapor Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Asmah Rusman

Seorang lelaki warga emas di Subang Jaya, Selangor, kerugian RM300,000 selepas diperdaya ejen produk kesihatan mendakwa sel stem dijual boleh menyembuhk­an sakit kronik buah pinggang dialami.

Sementara di ibu kota, seorang wanita juga hangus wang simpanan RM100,000 selepas membeli sel stem didakwa boleh menyembuhk­an penyakit leukemia.

Itu sebahagian laporan diterima Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung penipuan dan penjualan sel stem palsu didakwa boleh merawat pelbagai penyakit maut pada mangsa.

Syarikat dikesan menggunaka­n pelbagai testimoni sebagai kaedah pemasaran bagi meyakinkan mangsa membayar kos rawatan tinggi dan tidak munasabah.

Malah, ramai mangsa dipujuk supaya tidak mendapatka­n nasihat atau merujuk kaedah rawatan sel stem itu dengan doktor kerana mendakwa kaedah rawatan itu dicemburui pakar kesihatan.

Jurucakap KKM berkata, dalam kes dilaporkan sebelum ini, lelaki warga emas di Subang Jaya, Selangor itu didakwa mendapatka­n rawatan di sebuah pusat dialisis di Shah Alam, Selangor.

Menurutnya, mangsa dipujuk mencuba rawatan sel stem yang didakwa boleh menyembuhk­an sakit buah pinggang dengan pantas.

“Tidak dapat dipastikan kandungan sel stem digunakan. Ada kemungkina­n ia dihasilkan daripada placenta binatang atau tumbuh-tumbuhan. Mangsa diminta membayar RM300,000 untuk mendapatka­n bekalan pil sel stem itu.

“Bagaimanap­un, siasatan mendapati produk itu dijual pusat rawatan kecantikan wajah dan antipenuaa­n. Ini jelas satu bentuk penipuan berikutan kandungan sel stem itu diragui dan tiada kaitan dengan penyembuha­n penyakit. Malah sakit dialami mangsa langsung tidak sembuh,” katanya.

Berdasarka­n beberapa laporan diterima, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi (BPF) Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) bertindak melakukan serbuan di sebuah pusat rawatan kecantikan di Jalan Ampang, di sini yang dikesan menawarkan rawatan sel stem mencurigak­an kepada pelanggan.

Operasi diketuai Timbalan Pengarah Cawangan Perisikan Operasi Bahagian Penguat Kuasa Farmasi KKM, Adnan Salimin.

Dalam serbuan sekitar jam 11 pagi kelmarin, pegawai BPF mengambil keterangan beberapa kakitangan di premis itu selain melakukan pemeriksaa­n terhadap produk disimpan.

Bagaimanap­un, pemilik dan kakitangan premis itu dipercayai terlebih dahulu memindahka­n semua produk sel stem bagi mengelak diambil tindakan.

“Hanya pelbagai pil vitamin yang ditemui di dalam premis berkenaan ketika pemeriksaa­n dilakukan. Bagaimanap­un, pegawai BPF yakin rawatan sel stem dilakukan mereka berikutan penemuan ratusan jarum suntikan digunakan di dalam salah satu bilik rawatan diperiksa.

“Berdasarka­n siasatan dilakukan, kebanyakan pelanggan di premis itu dalam kalangan VIP, golongan kaya tempatan dan pelancong asing yang sanggup menghabisk­an wang dalam jumlah besar,” katanya.

Siasatan lanjut turut mendapati pusat itu mendapatka­n khidmat beberapa doktor luar negara yang tidak memiliki lesen untuk beroperasi di negara ini.

“BPF akan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti pihak yang menyeludup, menjual dan memasarkan sel stem meragukan ini kepada orang ramai. Pesakit seharusnya mendapatka­n khidmat nasihat doktor pakar sebelum mencuba sebarang kaedah alternatif termasuk sel stem,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? RATUSAN jarum suntikan mencurigak­an ditemui di bilik rawatan diperiksa. PENGUAT kuasa BPF melakukan serbuan di sebuah pusat rawatan kecantikan yang dikesan menawarkan rawatan sel stem mencurigak­an kepada pelanggan.
RATUSAN jarum suntikan mencurigak­an ditemui di bilik rawatan diperiksa. PENGUAT kuasa BPF melakukan serbuan di sebuah pusat rawatan kecantikan yang dikesan menawarkan rawatan sel stem mencurigak­an kepada pelanggan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia