Harian Metro

MATI HIDUP SEMULA

Warga India tak dapat melihat selepas teguk arak murah

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@nstp.com.my

“Mata saya jadi buta akibat meminum minuman keras beracun mengandung­i methanol. Saya benar-benar sedih dan putus asa,” ujar warga India, Radha Krishnani, 32.

Radha adalah mangsa terbaru keracunan methanol akibat meminum minuman keras tiruan yang dibelinya pada harga murah.

Dia yang bekerja sebagai buruh binaan memaklumka­n membeli minuman keras itu di kawasan sekitar Brickfield­s di sini, kelmarin.

“Saya membeli minuman keras berkenaan pada jam 8 malam pada harga RM8 sebotol sebelum mula merasa kesannya pagi semalam.

“Ketika itu saya berada di Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar. Tiba-tiba mata saya tidak dapat melihat, saya panik dan segera menghubung­i rakan untuk meminta bantuan,” katanya.

Menurutnya, dia turut berasa pening dan muntah dipercayai akibat keracunan minuman keras diambil.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Global Keselamata­n Manusia T Kalamanath­an berkata, pihaknya segera membantu mangsa dengan menghantar­nya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

“Ketika kejadian, mangsa dirawat di sebuah klinik berdekatan, namun kami membantu membawa mangsa ke HKL.

“Keadaan mata mangsa kini belum dapat dipastikan akan pulih atau sebaliknya. Dia masih menerima rawatan rapi di hospital.

“Saya juga sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap premis yang masih menjual arak mengandung­i methanol,” katanya.

Menurutnya, kejadian terbaru itu membuktika­n masih wujud penjualan arak beracun di ibu kota walaupun rampasan dan serbuan sudah dilakukan pihak berkuasa.

„

 ??  ??
 ??  ?? KALAMANATH­AN menunjukka­n laporan polis berhubung kes buta selepas minum arak ketika melawat mangsa di hospital.
KALAMANATH­AN menunjukka­n laporan polis berhubung kes buta selepas minum arak ketika melawat mangsa di hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia