Issey terkenang kehebatan Piya, Apek
Pasukan Kelantan menjadi pilihan selebriti tempatan, Issey Fazlisham setiap kali berlangsungnya kejohanan bola sepak.
Pelakon komedi, pengacara dan penyampai radio Suria FM berusia 31 tahun ini berkata, kesungguhan pemain pasukan itu membuatkannya
tertarik.
“Setiap pemain mempunyai semangat untuk menang dan mereka berlawan habis-habisan.
“Saya sentiasa hadir di stadium ketika Kelantan menjadi pasukan digeruni antara 2008 hingga 2013. Saya tidak akan terlepas menyaksikan perlawanan pasukan itu.
“Walaupun kehebatan Kelantan semakin menurun kini, saya masih memberikan sokongan kepada pasukan itu,” katanya sambil mengakui kurang mahir dalam bola sepak.
Ditanya berkenaan pemain yang diminati, Issey yang sudah enam tahun memperjuangkan bakat seninya berkata, dua bekas pemain Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi atau
Piya dan Khairul Fahmi
Che Mat atau Apek menarik perhatiannya.
“Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Bagi Piya, dia adalah pemain tengah yang paling digeruni.
“Gaya permainan yang tenang dan bersahaja, Piya sentiasa menjadi duri dalam daging untuk pasukan lawan.
“Sentuhannya juga amat berbisa.
Bermain di posisi ‘attacking midfielder’ pihak lawan sering mengabaikannya menjadikan dia sentiasa mempunyai peluang untuk meledak gol,” katanya.
Berbeza pula dengan
Apek yang mengungguli posisi sebagai penjaga gol, kata Issey, dia adalah penjaga gol berkaliber dan mempunyai semangat juang yang tinggi.
“Setiap perlawanan yang diikuti, dia pasti akan mengawal pintu golnya daripada dibolosi.
Itu satu perkara yang menggembirakan,” katanya yang turut meminati sukan badminton.
Tambah Issey, keduadua pemain yang juga kelahiran Kelantan itu, turut menjadi kebanggaannya kerana sering mendapat pengiktirafan dalam bidang yang diceburi.
“Bermain bola sejak usia muda memang menuntut banyak perkara kepada Apek untuk menjadi yang terbaik.
“Dia banyak membantu negara dalam mencapai kejayaan dan memenangi beberapa piala seperti Piala AFF serta pingat emas Sukan SEA 2011.
“Malah, secara individu dia adalah penjaga gol yang sering dengan mendapat pelbagai anugerah penjaga gol terbaik,” katanya.
Kata Issey, Piya pula sentiasa menjadi wira kepada pasukan Kelantan.
“Memiliki kemahiran sepakan percuma mengingatkan saya kepada legenda bola sepak Kelantan yang terdahulu iaitu Hashim Mustapha.
“Namun kejayaan Piya lebih bersinar selepas berjaya menjulang beberapa piala iaitu Piala Malaysia 2010, Piala Sumbangsih
2011 dan Juara Liga Super Malaysia 2011-2012.
“Selain itu, dia juga pernah memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai dan Pemain
Tengah Terbaik pada
2013,” katanya sambil memberitahu kejayaan Piya dan Apek menjadi inspirasi buat dirinya meneruskan momentum dan kental dengan kerjaya sebagai artis.
Mengaku sudah jarang bersukan kerana sibuk bekerja, dia berpendapat bahawa sukan itu penting untuk kesihatan minda dan badan sekali gus mampu membawa seseorang menjalani kehidupan dengan sempurna tanpa sebarang penyakit.
“Apabila bersukan, kehidupan yang dijalani pasti berkualiti selain dapat menambah kemahiran dan pengetahuan berkenaan apa saja jenis sukan.
“Sukan juga dilihat sebagai alat untuk menjalinkan jaringan hubungan sosial antara rakan-rakan, jurulatih dan siapa saja yang terbabit,” katanya yang sibuk berlakon telemovie dan sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) musim keempat yang sudah mula ditayangkan di TV3 pada jam 11 malam setiap Ahad.