Guna pesawat, kapal bawa penyelamat
Kerajaan Indonesia menggunakan pesawat Hercules dan kapal maritim membawa tentera, anggota agensi bencana dan hospital lapangan ke kawasan yang terjejas akibat gempa bumi serta tsunami, kelmarin.
Gempa bumi dan tsunami itu memusnahkan tujuh pencawang elektrik, sekali gus menjejaskan bekalan elektrik di banyak kawasan.
Sehingga malam tadi, syarikat elektrik PLN berjaya memulihkan bekalan di dua pencawang dan berusaha memperbaiki lima lagi pencawang yang musnah.
Menurut laporan The Jakarta Post memetik Menteri Dalam Negeri, Tjahjo Kumolo berkata, beliau mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) menghantar khemah dan peralatan lain ke kawasan terjejas.
Arahan dihantar kepada pihak berkuasa tempatan dan wilayah berhampiran Palu, termasuk Mamuju serta Makassar.
Tjahjo berkata, beliau mengarahkan pemimpin tempatan menghantar bekalan beras ke Palu.
“Saya akan ke Palu bagi memastikan pihak berkuasa tempatan bersedia (mengendalikan urusan menyelamat),” katanya.
Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Sosial, Agus Gumiwang Kartasasmita, berkata kementeriannya menyediakan 3,000 bungkusan bahan makanan asas dan enam dapur mudah alih yang mampu memasak 36,000 hidangan setiap hari. “Jiran saya beritahu keadaan kelam kabut kerana ramai orang berlari ke arah bukit untuk menyelamatkan diri.
“Mereka tidak dapat memaklumkan keadaan keluarga saya bagaimana kerana masing-masing panik ingin menyelamatkan diri ketika musibah itu berlaku,” kata Nuraini Stario, 31.
Pensyarah itu yang menetap bersama suami dan dua anak di Yogyakarta, Indonesia terputus hubungan dengan keluarganya di Kelurahan Birobuli, Kecamatan Palu Selatan, akibat gempa bumi disusuli tsunami yang melanda Sulawesi Tengah, kelmarin.
Nuraini