Cedera ditikam abang kandung
Lelaki cedera dengan lapan kesan tikaman di badan selepas diserang abangnya dalam satu pergaduhan di Jalan Gong Pasir di sini, kelmarin.
Mangsa berusia 31 tahun dan tidak bekerja itu cedera di lengan kiri, tulang rusuk kanan, dada dan belakang badan.
Kejadian menimpa mangsa diketahui adik lelakinya berusia 28 tahun selepas dimaklumkan ibu mereka mengenai keadaan mangsa yang berlumuran darah selepas diserang.
Lelaki terbabit yang berada di kedai pulang ke rumah selepas dihubungi ibu mereka jam 12.20 tengah malam mengenai pergaduhan dua abangnya itu.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
Lapan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kelmarin direman empat hari bermula semalam hingga Selasa ini kerana disyaki terbabit rasuah dan salah guna kuasa.
Putrajaya: Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya disambung reman enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kontrak Tabung Haji (TH).
Perintah lanjut reman bermula esok hingga 5 Oktober itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Sementara itu, Shah Wira memerintahkan seorang lagi suspek iaitu sepupu Abdul Azeez dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin.
Pada Rabu lalu, Abdul Azeez, abang dan sepupunya direman empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Difahamkan, perintah penahanan reman itu bagi